Followers

Thursday, July 8, 2010

Praktikal dan Aku

assalamualaikum. haa, dulu the ugly2 girl ada cakap tentang praktikal 10 minggu tu kan. Wokeh, walaupun tak ada gambar lagi nak menunjuk publish, tapi tak pe la, cerita dulu ye.. Nanti uploadla. Lagipon, korang bukan berminat baca apa yang aku tulis pon. an3x...

Tapi takpela, tangan the ugly2 girl gatal nak menaip. Okeh2 berbalik kepada cerita, masa hari first, aku pergi tempat praktikal tu seawal jam 6.50 a.m. Diulangi.... 6.50 A.M. Ye la, aku mana pernah duk K.L. Orang cakap KL ni Jem. (mcm mana eja jem pon aku tak tahu). "Si Dia" yang ajar aku jalan nak pergi sana. Then, aku drive sorang2. teragak2 jugakla. Sebab first time bawak kete gi KL sorang2. hehehe..

Aku sampai kat ofis seawal jam 8.30 A.M. Bapakla awal. jalan biase2 je. adesh.! dipendekkan cerita, bila ofis da bukak, aku masuk dan duk tercorot tepi dinding buat muka tak malu. Buat muka cool, sebab ade sorang laki suru aku duk situ. Aku ingatkan pekerja, rupenya trainee macam aku. Hampeh. pukul 10 baru jumpa Bos. Biasa la, nama pon bos..

Bila mengadap bos a.k.a supervisor aku, (general manager je dia, ade satu lagi bos sebenarnya), aku kena marah!. Kenapa dan mengapa? Itu yang buat aku banyak sedikit bengang. Encik tu marah2 sebab member aku 2 orang tak datang praktikal kat tempat dia sebab dia da tolak orang len yang mintak company tu. Banyak kali dia ulang, "perkara ini tak sepatutnya berlakulah ye, sebab dia dah tutup peluang orang lain, walaupun ade company lebih besar..... bla3x...." tak yah cerita banyak2. Then, aku mintak maaf bagi hal yang berlaku dengan muka blushing2. 

On that day, my boss jadi badmood. ok2. Hari kedua, aku sampai ofis seawal jam 8.30 a.m. padahal aku da bertilak lewat sikit dari semalamnya. Ntah aku pon tak tahu... Hari kedua je, aku ngan orang2 kat ofis tu macam da kenal 2 3 tahun da. Aku mudah mesra gamaknya. Sampai en Azhar tanya, kamu ni satu UNIVERSITI ke? hahahahahahha..... nasiblah korang dapat orang kecoh macam aku.. Janji Happy...

okla, lenguh da menaip. panjang sangat. t aku cerita lagi pasal panjat reactor tank ye....

3 comments:

Mario said...

uik...apsal lak kene marah sbb org lain...wakaka
tapi...camtula bila dah keje...bos-bos mmg akan marah sapa2 ada depan mata dia...wakaka

meeya said...

tu ar pasal. aku yang kena marah.. cis!redha jela.

Anonymous said...

awak prktikal kt mane dulu??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails