Followers

Sunday, November 22, 2009

CiNta YanG KiaN PuDar

Apa itu cinta sebenarnya?? Cinta datang dan pergi. Dia datang tanpa dipinta dan pergi tanpa belas kasihan. jika ingin menyintai seseorang, cintailah sepenuh hatimu. Seandainya hati kamu menyatakan "aku cinta kepadanya", sedalamnya fikir didalam benakmu.... adakah aku menyintainya kerana rupanya yang cantik?? atau harta yang bertimbun?? atau akhlaknya yang mulia.

Wahai sayangku,
Cinta yang ikhlas dari hati akan berkembang mekar seandainya disirami dengan kasih sayang. Jika kau menyintai aku kerana kecantikan aku, lupakanlah aku... Kerana mungkin pada masa akan datang aku akan menjadi buruk.. Bukan ku pinta untuk menjadi buruk, tetapi dugaan dan perkara yang mendatang tak kan dapat kita duga. keindahan wanita itu bukanlah dari bentuk badannya. Seandainya aku sudah kau benci saat aku gemuk berbadan lebar, hati aku akan hancur mengingatkan janji-janji manismu dahulu.

tak mungkin hati ini boleh memendamkan lagi rasa kecewa, hampa, dan terguris. walhal bila ku bertanya padamu, "sayang, aku cantik kah???'" dengan selamba kau menyatakan bahawa, "aku tidak kisah tentang kecantikanmu. tapi budi pekertimu yang aku pilih"... Tapi benarkah apa yang kau maksudkan?? Ikhlaskah apa yang kau katakan itu??.. owh....

Aku bertanya lagi, "duhai sayang, seandainya aku menjadi buruk suatu hari nanti, adakah kau akan membenci ku??". Tanpa ku duga jawapan darimu.. "Hmm.." adakah cinta yang ikhlas yang meniti dibibirmu pada masa dahulu adalah palsu? Tidak memerlukan masa untuk memikirkan bagi soalanku. Jika kau benar cinta padaku, pasti kau akan menjaga hatiku..Aku tahu, aku banyak kelemahan untukmu yang kacak dimata gadis-gadis sunti. Tapi, aku yang kau pilih.. Aku pun tak menyangka akan memiliki kau.. Tapi aku bersyukur..

Duhai sayang,
Aku tahu apa yang kau mahukan. Tapi aku tidak mampu memberikan apa yang kau mahukan. aku melepaskanmu tanpa kerelaan. Berat hatiku.. Tanpa aku sedari, aku telah kehilanganmu......

p/s : Sayangku... Aku masih sayang padamu....

6 comments:

Wanie-san said...

Lelaki..Suke ckp xserupa bikin..Aish....meeya xpayah la m'harap cinta yg xpasti..=]

izzati m. said...

sabar jek lah, kak.
btw i'm here for u ;)

Lynn Nasir said...

kehilangan cinta yg lama itu adalah petanda akan menerima cinta baru yg lebih baik. insyaallah...

Mata Perang said...

hmm... lelaki memang mcm ni ke?? hmm..

Kak lynn : yup.. betul.. dulu meeya kehilangan cinta lama dan datang cinta baru..

izzati : thanx adik ku... seronok ade kamu..

wanie-san : betol3x.. cinta datang dan pergi.. tp kalau leh nak la datang je... pastu xyah pergi....

daiaziz said...

pape pon gurl power!!
lelaki mmg tah pape kowt...=p
visit n folo my blog k....
=p

Mata Perang said...

hahaha... habislah lelaki kat malaya ni.. hik3x.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails