Followers

Wednesday, November 25, 2009

TanGGa, JalaN Raya... aPA kaITaN DeNGAN aKU..??


Hahaha.. aku tak tau nak klasifikasikan cerita ni bawah tajuk ape. sebab??? Meeya ni suka buat orang tertanya-tanya kan??? Apalah kau ni Meeya.. Ok2... Sabar yo... heheheh


T.A.N.G.G.A dan M.E.E.Y.A hmm... ape kesahnye?? Aha... Sebenarnya, Meeya ni dilahirkan kat atas tangga. Sedih ke?? Lawak ke?? Terpulang pada korang. Ibuku, Puan Saharah dan bapaku En Kamal Rudin. Masa tu mak aku mengandungkan aku. Yela takkan kandungkan adik aku plak, nikan cerita aku. hehehe.. Masa tu dah cukup 9 bulan rasanya. Ntahla. ti tanya mak balik eh. hehe. Mak aku relax2 kat atas tangga rumah atok aku. Borak2 ngan orang yang ada kat halaman termasuk seorang budak kecik, sedara jauh... xdela jauh sangat, xdela kecik sgt. Aku panggil dia Mak Liza. eheh..

Masa tengah relax2 tu, Mak aku tiba2 rasa sakit perut. Macam baby tendang jew. Tapi... Tapi3x.... Boleh teka apa jadi?? Rupanya akutak sabar nak kuar. Kelam kabut semua orang. ish3x.. Budak kecik tu pulak pergi panggil bidan dan ayah aku tunggu mak aku. Then, Aku keluar dengan cepatnya. nasib baik bapak aku jadi hero. Sambut aku.. hehehehe. Hahahaha.. Pastu bapak aku da tak tahu nak wat pe.. padahal aku dah ada kat tangan dia. hehehe.. nasib baik bidan kampung sampai lepas tu.. hehehe... Tapi yang aku tak gemarnya, bidan kerajaan marah panggil bidan kampung masa dia nak check aku kat umah.hish.. aku nak kuar awal. biarla... Nasih baik mak aku tak letak nama aku SITI TANGGA...heheh

J.A.L.A.N. R.A.Y.A. dan M.E.E.Y.A. hehehe... Ni masa aku umur 9 bulan.. Memang aku ni jenis yang lasak agaknya. Aku dah boleh jalan. Masa tu mak aku cakap aku sama tinggi dengan kemuncup... hahahaha... Pendek.. Mak aku cakap jugak yang aku ni tak merangkak, lepas boleh meniarap dan mengengsot, aku terus bangun n jalan. Jalan-jalan keliling kota.. cheewah... eheh..

Then, bila dah boleh jalan, mungkin masa tu aku rasa nak explore seluruh alam. Mak aku dgi dapur jap agaknya. Sedar2 je aku dah lintas jalan.... Depan umah aku ada jalan raya. simpang empat.. memang tempat selalu eksiden.. eheh.. Tapi aku dengan jayanya melintas jalan seorang diri. Dan berjaya ke seberang jalan. Sedar2 je, ade orang dukung aku. Sape die?? Kawan ayah aku. ehehehehe... Nasib baik selamat.

Kali pertama lintas jalan mungkin tak mencabar mana bagi aku waktu tu. Aku lintas lagi kali kedua. tapi kali ni aku duk tengah2. tak sempat ke seberang. Tapi nasib baik ayah aku sedar n nampak aku yang kerdil ni kat tengah jalan tu. Apa lagi.. Sepantas kilat ayah aku berlari untuk ambik aku. N aku terselamat. Tapi, tibe2 je ada kereta laju nak mati datang . Kalau ayah aku tak sedar, aku da takle tulis cerita ni gaknya... Syukur aku selamat...

Tragis x??? Huh.. Kelaka + Tragis = kegis. hak3x...

(aku tak nak jadi orang yang skema, so, aku tak justify aku punya cerita2 kat blok aku...)

P/s : aku memang suka ketawa... ????


Tuesday, November 24, 2009

Mulut kIta MiLik TuHaN... Ok??

salam ukhuwah

Hari ni aku nak cerita pasal Mulut Manusia Adalah milik Tuhan... Dan inginku nyatakan bahawa ini bukanlah entry untuk berceramah atau berdakwah. mungkin ada sikitla... Tapi ingin menyuarakan rasa hati. Bukan tak puas hati ok. Siapalah aku.. Hanya insan yang kerdil disisiNYA.. Meeyaa dah mengarut!!!.. Hahaha..

Berbalik kepada cerita sebenar-benarnya. Semalam, aku pegi ke SABASUN. Macam Mydin jgkla.. HYPERUNCIT katanya. barang boleh la tahan. Tapi ramai orang seh... yela... Nama pun hyperuncit. Mestila barang murah. Dan tidak dapat tidak aku menyangkal bahawa rakyat Malaysia memang suka kan barang yang murah tapi berkualiti. Yeah... menyahut seruan... bukan seruan haji ok... hihiihihi.. paham2la...

MArAH!!!!!  kenapa ni??? marah plak.. Aku nak cerita satu benda.. Macam ni... Masa aku tunggu kakak aku a.k.a. Along naik kat tingkat 2 nak beli pampers anak dia, aku dgn Aisa tunggu kat tangga je.. Sebelah Aquarium. Sebab apa aku tak ikut?? Kerana Aisa adalah seorang manusia yang suka membeli belah dan apa yang dia berkenan akan diambilnya. bukan kedekut, tapi barang kt rumah tu bertimbun2. Nak buat apa banyak. N aku pon malas nak naik atas sebab ramai orang sangat. Maklumlah, baru dapat gaji. Then, masa aku tunggu tu, buat hati aku panas......... sangat..

Aku duduk dekat bangku yang disediakan dekat tangga. tiba2 datang 2 orang manusia. Sorang laki sorang perempuan. Macam adik beradik. Setiap orang yang naik turun tangga depan mata aku ni, manusia kat sebelah aku ni akan berbunyi2.. nak tahu kenpa???? agak2 apa eh?? suspen eh cerita ni?? ok2.. aku cerita. perempuan tu aku rasa kakak n laki tu adik. dia komen setiap orang yang naik turun tangga tu.. Nak jadi pengkritik tak berbayar....

Yang bikin aku panas sangat sebab bila ada pakcik pakai jubah, ala macam pak imam kat masjid tu.. Dia boleh menganjing. dia cakap 'panas seh....' pastu gelak2. dia kutuk2. aku tengok 2 orang ni pon macam apa je. Yang perempuan tu free hair. Tapi aku bukan kesah pon free hair ke tak.. tapi mulut tu cik kak oi.... Aku tak kata orang free hair ni jht. Alah... yang pakai tudung pon belambak lagi yang lagi jahat.. so, jgn terasa ok.. my Followers, jangan kecik hati.

Ok.. then, si kakak ni plak, perasan nak mati. bajet cun tak hengat dunia... Dia leh cakap kat adik dia yang bdk2 laki yang lalu termasuk suami orang pandan dia. senyum kat dia. Ya Allah, nak muntah seh!!!. Adik pulak cakap yang "mu ni Perasanla". gaya terengganu.. hik3x... Tapi Terengganu ke, Kuala Kangsar ke, KL ke... aku memang setuju dgn adik dia yang cakap dia perasan. memang perasan tahap Gaban...boleh plak gelak2. Bajet cun sangat ar tu... Astarfirullah... aku mengutuk orang kah???

Sambung balik cerita, Lepas tu ada Makcik n Anak dia pakai Tudung labuh. Labuh memang labuh la.. bawah punggung.. Tapi yang minah n mamat ni dengki sangat nape?? dia kutuk lagi. panasla, tak sanggup aku pakai... pastu gelak2. Apa salah makcik tu cik kak oi???? hish... Biarlah dia nak tutup aurat. Dengki ke?? Kang tiba2 dia pulak yang pakai baru tahu. Tapi entah2 lagi ramai kutuk dia. hehehehe

Aku bukan pe? Aku tak suka orang menghina orang lain. Kalau kita tak suka cakap dalam hati. Sebab kita tak ada haknak cakap pape. Nak kutuk orang pon agak2 ar. diri kita pon tak sempurna. Aku kutuk jugak...heheh.. Xdela sampai tahap menghina. Ti tuhan balas balik. Cayela cakap aku.. sekejap je tuhan nak bagi balasan...

Okla... penatla marah.. akak kat cashier tu pon satu hal... nak lemah gemalai masuk sehati berdansa. Orang tengah ramai tak yah control cantek.... ok....


p/s : Jangan buat Meeya Marah ok.... berdisiplin dan tepati masa!!!

Sunday, November 22, 2009

CiNta YanG KiaN PuDar

Apa itu cinta sebenarnya?? Cinta datang dan pergi. Dia datang tanpa dipinta dan pergi tanpa belas kasihan. jika ingin menyintai seseorang, cintailah sepenuh hatimu. Seandainya hati kamu menyatakan "aku cinta kepadanya", sedalamnya fikir didalam benakmu.... adakah aku menyintainya kerana rupanya yang cantik?? atau harta yang bertimbun?? atau akhlaknya yang mulia.

Wahai sayangku,
Cinta yang ikhlas dari hati akan berkembang mekar seandainya disirami dengan kasih sayang. Jika kau menyintai aku kerana kecantikan aku, lupakanlah aku... Kerana mungkin pada masa akan datang aku akan menjadi buruk.. Bukan ku pinta untuk menjadi buruk, tetapi dugaan dan perkara yang mendatang tak kan dapat kita duga. keindahan wanita itu bukanlah dari bentuk badannya. Seandainya aku sudah kau benci saat aku gemuk berbadan lebar, hati aku akan hancur mengingatkan janji-janji manismu dahulu.

tak mungkin hati ini boleh memendamkan lagi rasa kecewa, hampa, dan terguris. walhal bila ku bertanya padamu, "sayang, aku cantik kah???'" dengan selamba kau menyatakan bahawa, "aku tidak kisah tentang kecantikanmu. tapi budi pekertimu yang aku pilih"... Tapi benarkah apa yang kau maksudkan?? Ikhlaskah apa yang kau katakan itu??.. owh....

Aku bertanya lagi, "duhai sayang, seandainya aku menjadi buruk suatu hari nanti, adakah kau akan membenci ku??". Tanpa ku duga jawapan darimu.. "Hmm.." adakah cinta yang ikhlas yang meniti dibibirmu pada masa dahulu adalah palsu? Tidak memerlukan masa untuk memikirkan bagi soalanku. Jika kau benar cinta padaku, pasti kau akan menjaga hatiku..Aku tahu, aku banyak kelemahan untukmu yang kacak dimata gadis-gadis sunti. Tapi, aku yang kau pilih.. Aku pun tak menyangka akan memiliki kau.. Tapi aku bersyukur..

Duhai sayang,
Aku tahu apa yang kau mahukan. Tapi aku tidak mampu memberikan apa yang kau mahukan. aku melepaskanmu tanpa kerelaan. Berat hatiku.. Tanpa aku sedari, aku telah kehilanganmu......

p/s : Sayangku... Aku masih sayang padamu....

Wednesday, November 18, 2009

berFoya-foya 13 NovemBer 2009

Ritu xsempat nak Upload gambo masa berfoya-foya..
hahaha.. sejak bila aku da pandai guna perkataan berfoya-foya?????
Sejak jiwa aku mula memberontak.. proTES...
okep2... back to The house..
This day, i going out with MAHIRAH, FAIZAH n FASEHA.
ok la tu 2F with 2A..
kitorang just gi tengok wayang n makan-makan..
shopping???? simpan duit...
but...
sempat jugak beli kasut..
nak gi Industrial Visit tapi xde kasut.
kasut da rosak


this shoe might be old fashion

aku terpaksa beli kasut ni.
sebab aku dah pusing satu j.j tebrau.
tapi xde jumpe plak kasut yang mcm gini.
j.J tebrau yang besar tu pun aku xle jumpa kasut yang aku nak.
so.. aku beli jela.


somtime its look nice

takkan gambar kasut jew??? hahahaha
meh aku tunjuk gambar yang sempat aku ambik.

 
baru aku tahu, mcm ni rupenya anak teddy
somewhere in bookstore



in reject shop

 bukan nak beli barang.. hahaha.. amik gambar..



masa tunggu faizah..
faizah ni pulak teringin sangat nak tindik telinga..
so, time ni hajat dia termakbul..




 in bookstore

lepas maghrib kitorang makan malam dekat singgah selalu
yeke eh?? forgotten already
Depan Danga Bay aje.






snap!!! xkena bayar pown


Faseha and Faizah
(kamera hp aku xcnggih ok..)


Mahirah.. 

makanan kat restoran ni best. harga pon standard je..
tp lemas seh... ada rokok besar tu..
aku tak tahu pe nama die. hahaha
rokok perisa buah katanya..


that's all...
haPPy seh.. tapi Jaa xde..
kalau jaa ade. lagi bertambah meriah..

p/s : Jaa, t kite kuar sama2 eh.. menyetan!!!


Thanx to all buddies..



9999999999999999999999 thanx!!
for those read my entries!
for those find me here!
for those supporting me!
for those loving me!
for those keeping me as a friend!

thanx!!! for more thousand thanx..

p/s: thanx also for those doesn't love for the fat!!!

Tuesday, November 17, 2009

S.E.D.I.H

sedih..
Kenapa???
hmm... Sebab dapat tahu ada yang tak berpuas hati dengan lawatan..
sebab ada orang tak suka dengan lawatan..
sebab ada orang tak happy dengan lawatan..
susah nak bagi orang lain happy dengan apa yang kita buat..
aku masih baru dalam handle program.
aku tak expert macam ejud, mat, faiz, seha, n ++++++
tapi aku mencuba beri yang terbaik..
memang touching gila ar...
tapi xpe ar..
aku simpan dalam hati..
kalau aku dengar pape yang xbest lagi..
aku nak pulangkan balik duit dorang,..
aku pon dah tak seronok da..
hmm... apa boleh buat..
aku akan sentiasa senyum walau aku sedih...
bila aku penat.. aku akan masam mencuka...

p/s: thanx for someone 'tikam' my feeling dari belakang...

BaRu Balik Dari Lawatan IndustRi..

Seronok seh... Yeke??? might be...
hmmm... Nanti aku upload gambar ye..
Buat masa ni penat lagi..
n gambar pon tak banyak..
ape2 pown.. aku bersyukur program dah selesai..
Hehehe..
Ini bermakna telah tamat perkhidmatan aku sebagai pengarah program..


p/s : moga2 kawan-kawan aku happy.. :) hope so......

Wednesday, November 11, 2009

PoLymer IndUstriaL visiT is cominG next..



15 November 2009...




A view of petronas plant in the night..


tak sabar nak tunggu... hehehe...
ini bermakna tugas aku dan selesai sebagai pengarah program
Friends!!! enjoy k!!

MaRah... Sedih Dan .....


Marah... Apa yang selalu buat kita marah sebenarnya??? Da jawab??
Ya.. Tepat sekali. Semua jawapan itu betul. Kenapa dan Mengapa??
Sebabnya, bagi manusia yang normal, dia akan tahu sebab kenapa dia mesti marah.
right? right? right??... puzzling?? well.... I Assumed that all my reader is normal.. (0_0)
Dah macam Chemical punya subjek da nak assume-assume.. hehe..
ok!!!! no more hehe!! This entry is all about "M.A.R.A.H." ABout "S.E.D.I.H" and "...."
Why the .... is appeared?? Because sometimes people does not aim to one point only!!..
Bla Bla Bla n bla.....
Wait a minute... why i'm talking english?? huh.... Back to the place where i'm born...
hmm.. Marah. Aku marah ke?.Aku Sedih ke?? Kenapa? Apa cerita??
Inilah jadinya bila manusia menggunakan tulisan sebagai alternatif kedua selepas lisan
untuk meluahkan sesuatu. Siapa pulak nak buat aku marah?? Tujuan utama aku blogging sebab aku suka menulis..
"writing!!!!"... Bukan meniru sesiapa okay!!!!
Kalau semua nak tahu dan bagi yang dah tahu.. Aku suka menulis sejak dari sekolah lagi..
Tapi masa tu tak kenal lagi apa itu blog.. Aku pernah nak jadi novelis. Dan aku pernah menulis novel.
Dah hampir 50++++ pages!!! Itu bukanlah sesuatu membanggakan. Tapi satu kepuasan..
Semuanya terkubur.... Kenapa?? sebab semua yang aku tulis (typing) untuk novel aku tu hilang..
H.I.L.A.N.G.!! Semuanya kerana Virus durjana... :(..Kenapa x mula balik?? kenapa???
sebabnya, apa yang kita pernah tulis dulu takkan pernah sama dengan apa yang kita tulis sekarang...!
arghhhhhhhhh... bencinya tulis entry dengan rasa marah.

Semua idea aku buat blog ni datangnya dari hati aku sendiri. Aku da pernah buat blog sebelum ni ok..
Tapi tak aktif... Sebab no connection. So, aku buat yang baru dengan azam yang baru.
Serius! aku tak tiru siapa-siapa.. Buat apa nak meniru. Hish.. Manusia jangan perasan boleh tak??
Manusia ada hak untuk ubah diri masing-masing.. Aku buat blog ni jugak sebab nak tolong kakak aku jual insuran. Tapi aku tak pandai blogging 100% lagik!
so, Aku cuba belajar cara nak blogging...
Oleh sebab itu..... Fikirlah sendiri..
Hati milik kita, tapi mulut kita milik Allah.. Ingat tu...
Tapi sebelum tu... adakah aku telah masuk ke alam merepek??
Ya??? aku peduli apa.

Kepada semua manusia yang suka bercakap bohong, bermuka-muka, dan sebagainya..
Negative sign will never same as the positive sign..
Siapa yang baca entry ni dan rasa macam tertembak kepala dia dengan senapang gajah...
Adakah anda yang saya maksudkan?? Kalau tak mesti tak terasa..

Tanganku berapi kali ini...

Sedih... sedih... sedih...

p/s : Secantik, sehensem, secomel, setampan manapun seseorang tu, belum tentu perangai cantik. Baik jadi si Buruk yang berhati mulia. (Aku tak mengaku aku ni mulia)..Yang penting Mulia disisi Allah...



Monday, November 9, 2009

Ini YaNg Ku MAhu..plzzz


Bangun pagi ni, aku terus gi bilik air. Then, singgah jap bilik Nora (a.k.a. awek din classmate aku) sebab pintu bilik dia da terbukak besar. Aku ingat nakla mengacau barang sejemput dua. hehehe.. Tapi.. Aku terpandang sesuatu yang menarik kat bilik dia. hmm.. Act, i dont know the name, but i really want it!!! hmm.. hoping for my dear sayang give me one!! Happy sangat bila tgk benda ni. Aku selalu panggil ni bola kaca. Tapi tak tahu nama. macam mana eh? tak pela, yang penting aku tahu apa yang aku nak.. hehehe





ini Yang aku mahu....(nora punya)


so sweet..

i'm wondering that somebody gives to me in oneday..hehehe.. From someone from deep of my heart... :)

p/s : My dear, give me one plzzz.. i will appreciate that. :)


Saturday, November 7, 2009

KeKuraNGan BuKan PenGHalaNG cIta-Cita..

Tittle bukan men lagi poyo habis! Macam nak gi berperang... hahahahaha...Entry kali ni nak citer pasal breakfast yang lain dari yang lain sikit hari ni...Biasa makan roti bakar dengan planta or choc je.. tapi rini... Semangat!!!! Menu hari ini adalah Roti Bakar Telur Bersama Bawang... Panggil roti Bawang jela..Semalam da beli bawang dan telur.. hahahaha. seronok!!!!! 


Hidup kat hostel xyah cakap ar. Memang kurang macam-macam benda!!! Nak makan pun dah bosan, ari2 lauk sama je. Rasa pun sama. Tapi apa boleh buat. hidup di rantaun..Dengan hanya berbekalkan sandwich maker.. Menu yang di beritahu tadi dipraktikkan. hahaha. Walaupun kurang macam-macam, tapi ni bolehlah dikira sedap jugak.. hehe sebabnya dah lapo... hes!!!


 
Permulaan yang xberapa nak menyelerakan..





adesh...!! lapola plak nengoknya..


 
walaupun comot.. hehehe makan jela..



 

yummy

Makan-makan jugak.. study jangan lupa.. tapi nikmat sungguh makan macam ni kalau duk hostel. Nak sedap lagi, tambah cili padi.. biar berasap telinga tu hehehe.. Kalau duk umah, rasanya tak terfikir pun nak wat macam ni... hahah.. becoz, mum's cooking is better double tripple than me!! hahaha... aku leh terbayang macam mana riak muka faseha bila baca entry ni... hak3x... 

Kekurangan bukanlah masalah bagi kejayaan.. Cuma mahu atau tidak.. itu aje yang penting.. Suke membebel. hehehe.. BTW kejayaan diperoleh dengan usaha sendiri, bukan orang lain. haa... nak membebel sket lagi. Semenjak dua menjak ni, bila aku baca blog orang laen, bukan men lagi perasaan hasad dengki ni wujud ye. ish3x.. Apa ke pelik manusia ni yek.. Manusia tak patut dinilai dari tulisan. wawawa.. Kalau berani, depan2 ar.. nak sorok2 plak!!!! tapi... nape aku yang marah sangat ni??? hahaha... Sebenarnya, rasa geram bila ada orang-orang macam ni.. Xleh tengok orang bahagia!! hish.. dala, baca buku lagi bagus... bye2!


p/s : sok exam chemical reaction... :( Doakan aku yer... hes!



Friday, November 6, 2009

KeHiduPAn YanG kIan TidaK teRurus.. heheHE

Amirah!!!!! JAngan cepat berputus asa...

Ya... tepat sekali, jangan sekali-kali berputus asa.
Hari ni baru aku sedar yang aku tak terurus.. hehehe..
Dengan bilik yang bersepah.. hahahahaha... Mesti kawan-kawanku memahaminya..

Rambut plak dah berminyak. Ini menandakan aku mesti cuci rambut betul2.. hahahaha.
alahai suka sangat mandi xbasahkan rambut, kan da berminyak.. heh
Rasa tak best macam ni... huish..

Semalam ada pegi Jusco Taman U. hahaha.. Punya phobia dengan akak promoter yang nak suruh aku register wat facial kat tempat dia. Aku tahula muka aku bermasalah.. (touching???.. x pon...heheh) tapi tak payahla kejar aku bila aku dah cakap tak nak. Ni dahla kejar aku, pastu siap pegang tangan aku lagi tak nak bagi lari. adeh. Dengan rela dan terpakse aku turutkan jua untuk scan muka.. Dah abis scan ingat dah boleh pergi, tapi dia bagi lecture plak... Mujurlah keimanan aku kuat. hahahaha.. Akak tu cakap harga sebenar RM500++. tapi wat promotion dia bagi RM49.. hehehe.. Berpuluh kali aku cakap tak nak, takot.. sebab muka aku rasanya macam elok sikit dari dulu. Sebab pakai productla muka da x licin.. sedih3x.. Daripada mengejar yang terlampau cantik, lebih baik jadi sederhana kan???.. Fobia3x.. Hehehe.. semalam asyik cari jalan je xnak bagi akak tu nampak aku lagi. hehehe.. Tapi macam bagus je.. Guna enzym katanya.. Tapi aku tetap takut. xnak... hehehe..

TApi, apa kaitannya dengan entry aku ni..?? ahaks.
Susah kalau dah melalut ni...
next time aku updatekan blog ni dengan jual insurans for my kakak eh.. heee.. tunggu...

p/s : walau apapun yang terjadi, akak promoter, tolong jangan kejar aku lagi....PHOBIA3x.

Thursday, November 5, 2009

exHausTeD... KeNapA taK boLeh TidO?????

salam barakatillah....


Hari ni, 5 November 2009... tarikh cantik untuk paper yang bergelar SEPARATION PROCESS I. Ini bermakna tinggal lagi 2 paper last. Sungguh memeritkan.... Kali ni final exam sangat memenatkan mental dan fizikal aku. Mana taknya, dengan sakitnya lagi, ulser kat lidah dan bibir xnak hilang-hilang jugak. Dah tenyeh 'Bonjela' berkalai-kali da. Sakitnya takyah cakap ar. Lepas paper separation, keinginan jiwa ragaku meronta-ronta untuk tidur.. Wah.. nikmatnya...

Tapi.... Tapi..... dan Tapi....
Wahai mataku.... Kenapa susah sangat nak lelap. hish.. Geram3x!!!!..Penat3x... Dah menjadi perkara yang normal bagiku tak dapat tidur saat jiwaku meronta-ronta meminta sedikit ketenangan.. Ketenangan yang dicapai dari tidur. Walaupun normal, aku tak mahu keadaan macam ni... Setiap kali aku dambakan tidur yang nyenyak, tak pernah pun berjaya. HUhhh... Apakah penyakitku sebenarnya?? Jika fizikalku mengatakan, "wahai tuanku, aku teringin berjalan-jalan mencari mimpi indah bersamamu.. Jom tido jom. Aku ingin sekali tuanku..".. owh tidak.. kesian fizikalku... Aku mintak maaf fizikalku.. Mental tak mahu tido sekarang. Aku pasti, jika fizikal boleh berkata-kata, sudah pasti dia dah marah-marah. Mesti gaduh ngan mental.


tunggal dan Anaknya yang telah hilang entah kemana
(seronok kan kucing ni tido)

Tuesday, November 3, 2009

logo prim


Monday, November 2, 2009

IngIn MakaN MacAm-MaCAm....

Hari ni rasa lapar gila... rasa nak makan macam2...
Dahla Lapar, pastu boleh plak gi bukak website makanan..
memang cari penyakitla... hahaha...

Teringin gila nak makan mee Kari... huuuu... :( gambar kat sebelah ni namanya mee kari kawin katanya... ntahla... heheh
sedap tak terkira kalau dapat makan...
search2 lagi kat tenet,... 
jumpa gambar mee kari dkt :
Flickr (http://www.flickr.com/photos/wansoo/2557889843)
Perggghhh.. sdapnya kalau dapat makan.
mmg dugaan betolla hari ni....



Kisah Makanan ni makin menjadi-jadi bile terjumpa plak gambar chocolate marble cheesecake.... adohai... sedapnya....
dahla suka gila kek coklat... huish... membakar jiwa raga ni....


 

MahIRah BEsdaY...


Hari ini, 2 noVember 2009,
Besday Mahirah binti Zaini a.k.a classmate,ex-roomate...Teruk dia kena kerjakan kat Meeya and Faseha tadi.. Faizah jadi camera woman... hehehehe...

Tapi takpelah. Bergurau tu tanda kemesraan... Mahirah dah jadi macam ala-ala watak dalam detective conan dah... tapi bukan Conan... tapi Prof yg Tua tu.... hak3x.... xcukup ngn tu Meeya salam dia ngan Ubat gigi.... hahahaha..... Kek kat sebelah ni Meeya kasi dia eh....



p/s : Mahirah, sok belanje ktorang makan eh... hehehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails