Followers

Thursday, September 1, 2011

hi blogwalkers

assalamualaikum n hi. :)

belum terlambat lagi kan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN



okeh, dikesempatan ini, aku nak mintak maaf bebanyakla ye.
takot ade tercubit, tercuit atau ter3x yang telah aku buat.
aku manusia biasa je kot. he he.
zahir boleh nampak kan. 
batin manala tahu.
yela, kadang2 kite xrasa kite buat salah.
contoh :
mungkin masa kita melontarkan sesuatu dari bibir,
kita rasa kita lembut je..
tapi orang kata kita garang,
kurang ajar,
bengis,
entah apa2,
buat orang terkezutt lalu terluka.

so, mintak maaf jela. n cuba berubah.
hanya orang yang sihat pemikirannya yang mahu yang terbaik
dan jugak cuba memperbaiki diri.
ye ke idok?
kalau tak boleh terima kelemahan diri n rasa diri sentiasa betol,
hhhhhmmmm... cakap macam ni kat diri sendiri..

"ya! aku memang seorang yang bersikap ______"
isi sendiri tempat kosong tu.

okeh, selamat hari raya maaf zahir dan batin.

p/s : dear blogwalker, saya sangat gembira dan teruja apabila melihat anda drop msg n berkata positif tentang blog saya. saya harap anda jujur. sebab ayat2 anda mampu buat saya berasa siihat (senyummm). tapi sayangnya, bila saya klik link anda. entry xde, tapi iklan. :( hormon saya terus bertebaran. macam mana saya nak senyum... huuuu tinggalkan link yang senang dan mudah untuk saya reply... :))) kejujuran itu penting, tak perlu nak sedapkan hati orang dengan janji atau ayat manis.... ape pon, thanks sebab sudi jugak singgah..

salam syawal dari saya... meeya

Wednesday, August 17, 2011

Orang cakap puasa Boleh kurus!

asslamualaikum. n hi

P.U.A.S.A = K.U.R.U.S

he he, sape yang dah kurus di bulan ramadhan ni, 
sila angkat tangan (kalau ade bulu ketiak, jangan angkat!) 
 ade ke yang dah kurus? dah turun berapa?
ape pasal aku tak kurus pon?

ape pasal?
ape pasal?
ape pasal?

aku pon tak tahu. berat aku flat je. xbergerak.
sama je. makan dah sikit dah. turunla 100 gram agaknye. he he  
hoho. tension gak kekadang.

(gambar takde motip : aku pon tak tahu nape aku upload gambar neh) 
 goyang! tengok, kepala upin lagi besar dari aku tau!
ko ade? xde kan.... yang hadoooo. 

ok2. berat aku memang berat. sebab berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
hoho. tengokla header aku, tu gambar paling latest. pakai baju biru.
haaaaa, kurus kan!!! ha ha ha perasan! masuk longkang nanti weh!


 yang makan aiskrim tu confirmla bukan aku kan.. he he he

chubby sket je, bukan banyak poooonnn..(sedapkan hati sendiri)  
 he he he. yang penting kita happy.
aku boleh nak kurus dengan cepat. n terbukti dah pon
hari tu aku xmakan langsung selama 2 hari, just minom air masak je,
berat turun dengan drastic sebanyak 5 kg. korang caya x? aku pon xcaya. tapi tu adalah kenyataan. lepas 2 hari aku tak makan, aku siap makan sup ayam je lepas tu. memang turun. pastu.... haram.... dia naik balik lepas aku mulakan makan macam biasa. he he he. senang turun, senang naik! he he.

bulan puasa dah makan sikit (yela... sikitla sangat), tapi tak turun2 jugak. cemana??? aiyyyooooo xmenjadila bulan puasa ni. xpe2. forward ke tahun depan. kurus di bulan ramadhan... insyaAllah..

bye2.ade kerja. jaa dah mesej2 dah. 
   

Tuesday, August 16, 2011

No Mood At all

assalamualaikom!. n hi.

hari mood xde sangat. nak buat pape pon rasa macam berat je.
bukan setakat berat mata memandang. tapi berat lagi berat badan aku ni.
wakakakakakakaka.

aku malas nak cakap pape. sebab aku kena taip je entry ni. 
xperloooo cakap kan

hari ni, pepagi lagi walaupon pukul 8 pagi 10 pagi, 
aku drive pergi fakulti mekanikal. (typo error??? ntah, malas nak pikir)
aku cari bilik XRD (x-ray diffraction) ..Cik meeya, pekebende tuh?.. 
ala.... XRD tu tempat men jongkang jongkit... kih3x.. XRD tu adelah satu test untuk characterize bahan. titik. kang cerita banyak2, pening, korang tension plak, sebab aku sendiri pon xpaham sangat. (ehem2. bolehla sikit2)

sambung cerita balik, aku pergi situ, aku xtahu bilik dia kat mana, nak cakap ngan sape. yang aku tengok, dekat depan pintu bilik2 yang ada kat situ, ade tanda "bahan radioaktif je banyak" hoh. amende semua ni? aku kena hadapi semua kenyataan. hik3x..pastu, aku tanya sorang lelaki kat situ, sebab orang tu je aku jumpe. tempat tu sunyi habes! takot!. scary2 gitu. ha ha. aku tanya kat mana bilik tu. dia cakap tak tahu. pastu ade la sorang lagi budak lalu. dia pon tunjukkan bilik tu. he he. "buto rupenye aku!! padahal, depan2 jek bilik tu! dah terang2 tulih XRD". then, aku masuk, xdek orang. aiiiiiiyyyoooo person in charge pergi mana ntah. xkan makan kot bulan2 pose. ha ha ha. melawak pulak aku eh.

then, aku berlalu pergi meninggalkan bangunan yang seakan2 abandon hall tuh, aku gi servis kereta aku. kecian dia, tak servis2 agi. dah servis dah. pasnih leh la race. ye ke dop? ha ha. lepas servis, aku gi rainbow. aku parking area2 depan kedai tu. sekali aku nampak orang majlis perbandaran johor duk sibuk menyaman2 kereta2 degil yang xnak letak kupon parking tuh. aku dah on da way berjalan ke kedai, tapi bila nampak, aku pergi kat kete, terus drive n sempat tawaf 2 kali bangunan kedai tu. 
"agak2 aku ni macam suspek penjenayah x buat macam tu?" 


ade aku kesah?? janji aku xkena saman. hoho. lepas tawaf 2 kali, aku berjaya parking n pergi kedai tu tanpa kena saman. hoh, xde keje aku nak bayar saman2 neh. he he. then, bila da abes hal aku kat kedai tu, aku pon pergi balik ke fakulti mekanikal tu dengan penoh harapan. tapi orangnya tiada... hampa...

aku, dengan penoh harapan berkobar2 lagi, aku call number phone orang tersebut. tak angkat. dengan perasaan penuh hampa, serta tidak berbelah bagi, aku terus mengangkat kaki, menuju ke fakulti aku a.k.a tempat aku berkerja yang diberi nama fakulti kej. kimia. he he he he... masa aku sampai je, aku tgk phone, takot2 my cayang ade balas mesej, akan tetapi, ade miskol dari orang yang aku call tadi. hoho

aku pon, call ar balik...
"hellooo, assalamualaikum. ni en A ye..."
"ye, saya ni..."
"erm... saya ade pergi lab encik tadi. tapi encik xde. saya nak hantar sample untuk XRD"
"owh..... Jantung XRD baru je mati pagi tadi... " keciwa lagi  
"la, yeke... kalau macam tu bila boleh buat???"
"5, 6 bulan lagi baru boleh. ha ha ha... betol2 pagi tadi baru jantung dia berhenti"
"owh, xpela macam tu...nak buat macam mana, dah nak mati. he he he."  

note : jantung bermaksud, mesin tu dah kehabisan "sesuatu" (aku xtahu nama dia)

kekeciwaan itu berlarutan sehinggalah, gambar2 berikut berjaya ditangkap! ha ha ha 

buruk betol! keciwaaaa

tertekan 

 pasrah...

hasil dari kebosanan dan tiada mood. aku berjaya menghasilkan karangan ini! syabas!. ha ha ha...

dari yang xberapa nak betul
.meeya.

gaya.mutu.keunggulan. 

Friday, August 12, 2011

K.E.T.A.K.U.T.A.N

assalamualaikum. and hi.

sekejap je rasa, tapi kita dah masuk fasa kedua bulan puasa. sungguh sekejap. bagi akula. sebab aku selalu terkejut atau terperanjat atau dengan bahasa kasarnya "terkejut beruk monyet" bila aku member aku cakap esok dah hari khamis atau jumaat... rasanya cepat sangat masa berlalu. cepat sesangat ok!. he he. yela, orang cakap diakhir zaman ni masa cepat je berlalu kan..

.hmmmm (muhasabah diri : fikirkanlah, bahu kiri atau kanan lagi berat)
aku rasa macam bahu kiri aku je berat
(T-T)
sama2lah kita banyakkan amal ibadat di bulan puasa ni.
Allah dah bagi peluangkat kita. setan semua dah kena ikat ketat2.

ok, sebenarnya, tu hanyalah selingan pendahuluan entry kali ni.  :)

pasal ketakutan... ni cerita kelmarin punya.
lambat sket gitau noh... yela, akukan bz melayan tooot tooot tooot tooot

bilik aku ni betol2 depan bilik air. bukak pintu je, terus berkenalanla ngan bilik air, kalau dah nak terberak atau terkencing atau ter"kincit", memang zoooooop 2 saat je sampai. he he he. terbaekkkk...ha ha. ape ade hal ngan bilik air??? ha ha. time tu aku n kawan2 dengar macam orang mandi je, air mencurah2 bak coklat mencurah2 di ladang gandum (bak kata koko crunchla). then, member akudari kolej laen tanyala, lamanya orang kat bilik air tu mandi... dari tadi aku sampai bilik ko xabes2 lagi mandi. hoh! aku dengan selamba jawab . dorang memang mandi lama! bukan budak aras ni. dorang mandi kat sini. kadang2, lama giler. siap basoh baju lagi. (grrrrrr. kalau pepagi tu mandila cepat2. lame owh..). ok terhenti di situ. kitorang gi bazar. then, bila balik dari bazar, kitorang tunggu masa nak berbuka. n magrib pon tiba. makanla kan.. takkan nak tengok je makanan yang aku belikan.... kih3x. then makan punya makan. dah nak habes da ponnn.. kawan aku tadi sekali lagi cakap. dari tadi aku dengar bunyi air orang mandi kat bilik air... xkan mandi xhabes2 lagi kot... aiseh.. aku bg jawapan yang sama jugak. lepas dah habis semua, dah basuh tangan semua2. aku gi la nak basuh cawan aku, aku pon tgk pintu bilik air tu tutup. tp macam xrapat (makud aku mcm xkunci, pintu mmg cacat sket. ha ha ha... korang bayang sendiri. ha ha). tapi air kuat gila. macam orang mandi. 

aku tunduk2 ar nak intai kat bawah. tapi separuh jalan je. aku tahun aku mencabuli hak asasi manusia plak kan... aku takot sebenarnye.. hohoho... takot nampak benda pelik2. hik3x. pastu aku cakap la kat roomate n kawn sebelah bilik aku. hoh. tibe2 jadi scary seh!!!. ha ha. masing2 takot. masa tu aku memang surrender xnak gi ketuk or bukan or buat pape kat bilik air tu. sebab dalam pale aku dah pikir "kang aku bukak kang, aku jumpa orang beranak ke, orang da abes nyawa ke, papela".aku memang xnak tengok. pastu kitorang pon senyap. n tibe2 kawan sebelah bilik aku ni plak cakap."korang biar betol. aku tak xnampak kaki pon" (jangan bocorkan rahsia tau, die ngendap kut bawah pintu tapi dari jauh. jangan bagi tau orang... aaayoook ha ha). keadaan lagi la bertambah scary 18 kuasa 300 bersamaan dengan infinity. he he he... makin berdebar2. takot seh.. ha ha ha.. then, roomate aku pon cakap, meh kita gi tgk. mula2. roomate aku jerit dari bilik. " ade orang takdlm bilik air??? ade orang x??" tapi xdepon yang jawab. aiseh. takot lagi... pastu masing2 suh gi ketuk or bukak pintu bilik air tu. aku tetap surrender. hak3x... pastu kitrang duk dalam bilik. gelisah.takot. last2 roomate aku ni cakap." bulan puasa ni mana ade hantu..... meh aku ketuk"/hohohohoho... pastu die la menjadi kepala gi bilik air. ketuk2. pastu lari kebelakang sket. takot ju on kuar kot. hik3x... pastu ketuk lagi. tp xde respon gak. last2 die bukak. pastuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

"mana ada orang....... ceh..." paip shower tu memang rosak sket. tapi tak logik ar kalau paip tu terbukak sendiri dengan kuatnya kan. pastu... dari scary tak hengat dunia. jadi kelakar xhengat dunia. kitorang gelak3x... ha ha ha.xleh blah. kih3x... bila roomate aku yag sorang lagi balik, kitorang ceritala kat die. sekali die cakap."dari tengah hari lagi aku dengar. tapi aku ingat ade orang mandi". membazir betol la. air laju gila air tu kuar. gi tutup pintu plak tu. kalau xleh tutup pon, tryla minimize kan air yang kuar tu.. adoiiiiiii.. geram plak rase. xyahla tutup pintu. pastu senyap je. gi lareport kat office ke ape ke.

yang hadooooo...

scary x? scary x? 
hehe

Saturday, August 6, 2011

pergilah engkau dari mimpiku.....


saat ini kebahagiaanku adalah maksima.
janganla kau hadir dalam mimpiku lagi...
aku xmengerti dan xmahu mengerti
aku mahu kekal dengan apa yang aku miliki.
itu keputusanku dan nokhtah disitu.


walaupon ianya hanya mimpi,
aku tak mahu,
biarkan aku begini.
aku nekad dengan keputusanku.

"jangan pernah hadir lagi dalam mimpiku"

Sunday, July 17, 2011

L.O.V.E



───▄▀▀▀▄▄▄▄▄▄▄▀▀▀▄───
───█▒▒░░░░░░░░░▒▒█───
────█░░█░░░░░█░░█──♥─
─▄▄──█░░░▀█▀░░░█──▄▄─
█░░█─▀▄░░░░░░░▄▀─█░░█

love. love. love.

" a word with a thousand meaning. might be billion or trillion. its depend. " 


p/s : masih mencuba hari demi hari untuk membuka henpon N70. sesuatu yang bermakna buat aku ada disitu. :))) keep on try n try.

Sunday, June 19, 2011

lame x jenguk...

assalamualaikum. n hye to olz.

lame dah x update belog nih. he he he. sorry. bila tengok kat chat box, macam ramai yang datang singgah (ayat cam perasan je) he he, bukan ape, dah lama sangat tak update, tapi, still ada orang datang jenguk kite. ye ke idak? ha ha ha

ok2. firstly, aku da masuk stage "baru" dalam hidop aku. ha ha tapi bukan "alam rumah tangga" atau "alam kubur" (alam kubur pon aku leh buat main kan? astarfirullah, mintak maaf. tersasul). hmm dulu aku student berstatus "bachelor". sekararang da tukar. aku student selepas bachelor a.k.a. master. dah 2 minggu aku start jadi pengkaji sejarah zaman purba  atau bahasa inggerisnye researcher. ha ha. macam gempak je. he he. 

actually aku sambung study peringkat master by research. secara automatiknya dinamakan sebagai researcher. walau bagaimanapun, aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan sama seperti hati2 manusia yang lain2. (ayat cam gedik je.) he he he.

setakat ni, macam ok2 je. setakat ni paling teruk aku buat kerja, kena potong getah ENR50. wa cakap lu, badan ni sakit selama 2 hari dan masih berbaki sikit2 sehingga hari ni. ENR50 ni getah sintetik yang sangat kuat. he he he. research aku plak pasal nanocomposite. pasal getah ni la. pastu campurla dengan bahan laen sikit. ha ha ha. tak payahla cerita, nanti korang cakap den poyo. he he. 

ok. da panjang ke belom ni? haiyyaaa. aku harap JOZAN atau SEPAH jadi juara maharaja lawak. kih3x

bye2

Friday, May 27, 2011

F.R.I.E.N.D

assalamualaikum..

"friendship is better than romance"
sebab, percintaan masih boleh berpisah. tetapi kawan tidak
(kata2 dari filem stairway to heaven.. (kalau aku xsilap))

okay!, aku rasa rindula kat kawan2. ye la, dah habes belajar kan?
so, masing2 bertungkus lumus mencari kerja.
ada jugak antara member2 aku, sambung belajar macam aku.
dulu buat ijazah sarjana muda, sekarang sambung belajar buat ijazah sarjana.
yela, dah tua, yang muda kena buang. keh3x

aku nak share serba sedikit gambar masa study degree dulu.he he he he


*bersih2 mold*

dihari raya cina, bagila limau (bukan aku punyer pon)

 dinner 2011, prim nite. me in red

 ice skating di window of the world shenzen, china

punyela jauh aku nak ice scating. sampai china!. hahaha serius best, fist time aku maen benda ni, and aku jatuh banyak kali dan sungguh sejuk. bayaran dia 10 ke 20 yuan. xhengat. no time limit, kalau orang nak tutup kedai tu, paham2 la yek. 

 ni masa kat guangzhou china. universiti ape ntah. lupe

ok, aku gi ke negara orang ni pun sebab buat program kat sana. global outreach program. nak abgi student2 global. macam tula. he he he. so, buatla program macam ni. masa ni guangzhou tengah busy dengan baru habes asian game ke ape ntah. pastu dengan paralimpik game tu. so, dorang semua bz, xleh layan kitorang sangat. so, kitorang berjalan2 la menikmati keindahan negara orang. masa tu musin sejuk. sejuk memang xleh blah. bila hujan, lagi sejuk!. thanx to all my friend. dapat jugak kita pergi ke china wlaupun macam2 halangan ada... huuu

 we hold hand together. laki sama laki. pempuan sama pempuan.
hahaha, kawan2 aku neh!

 at kitchen indus in shenzen. ngantuk3x!

 zalina n me

 kepoyoaan tahap gaban. sampai senget2 shawl aku!

 bbq at desaru

 aku dan otak2

 aku agak gemok disitu!

 we shared all together

 adesh! aku nampak gemok lagi!

 aku n jaa, manje2 gitu

dekat muzium in guangzhou china

okeh, i hope all of my friends dapat kerja n happy2 selalu.
:)

p/s : ahmad shamizan, saya rindu awak! he he he. nanti saya buat entry pasal kite pulak eh.

Monday, May 23, 2011

seram sejuk aku dengar lagu mona fendi

assalamualaikum n hello.

haish... aku baru je lepas dengar lagu "mona fendi"
serius. berdiri bulu roma aku.
hehehe. aku pon xtahu nape.

aku nak search lagu "hujan air mata" oleh Siti Musliha.
then, da jumpa. wah.. lagu ni betol2 menyucuk2 batinku.
rasa macam hiba dan simpati
dengan nasibnya yang macam tu.
aku bersyukur walaupon aku cantek sgt xcantik, 
tapi aku masih ada pancaindera yang sempurna.
yela, kelebihan setiap manusia tu ada.

yela, macam siti musliha, dia sangat tabah ok.!
ni ha video dia kat youtube yang aku jumpa.
aku cari yang dia nyanyi live punye, tapi xde. :(


ok, aku bangga dengan siti musliha ni tau.
walaupun xsempurna, tapi dia tetap tabah.
dan still lagi bersemangat nak teruskan hidup
and still berharap tuhan pulihkan dia.

"Siti Musliha, awak jangan risau, mungkin awak xdpt kesempurnaa di dunia, tapi awak mungkin dapat kesempurnaan diakhirat. kesempurnaan itu yang kita cari sebenarnya"

hmm. ok, tentang mona fendi tu plak. lagu "ratapan anak"..
perghhhhhhhh gila2 seram. adesh. 
bila2 mula2 video dia, kuar gambar muka dia,
aku dah terkejut da. sebab senyuman dia "creepy gila"
(haish... xbekkan cakap macam tu)

then, sebab nak dengar jugak lagu dia, 
aku tak tgk video dia.
so, aku tak tahula video tu mcm mana.
aku scroll down baca komen2 kat youtube tentang video dia.
adesh. semua duk cakap seram.
hohohohoho..then, xsampai seminit aku dengar lagu tu tanpa tengok video dia. aku terus tutup atau dengan kata lain pangkah terus. xsanggup nak dengar. takot tak tido plak aku malam ni.
dulu aku ada baca gak pasal cerita mona fendi ni dari awal sampai akhir.
tapi, makin baca, makin aku tak paham.
cerita dia adalah berdasarkan keterangan2 dalam mahkamah.
dengan kata lain, semua cerita yang ditaip tu,
adalah oleh seorang wartawan ke apa ntah,
yang ditugaskan untuk merekodkan segala hal perbicaraan.
dari A to Z.
serius detail giler.
ade kat satu blog tulis citer tuh.
tapi aku dah lupe nama blog tu.
kalau korang nak tahu, tanyala pakcik goggle.
tapi, kalau ikotkan akal yang waras aku ni,
cerita tu macam buat aku rasa:

beginning : mona fendi n suaminya bersalah
dah nak akhir : pembantu dia yang bersalah
ending : aku terus xpaham. aku confius hehehe

(tapi kalau ikotkan dalam cerita tu, mona fendi cakap macam dia tak bersalah, tapi tak tahula. hukuman dah dijatuhkan. apa boleh buat.. itu antara dia dan Tuhan je yang tahu..kalau dia salah, dia dah terima balasan kat dunia, yang kita2 ni buat jahat tapi xterima balasan lagi, kat akhirat sana baru nak kena.. takot3x.)

p/s : korang jadilah macam siti musliha. hmmm. kalau nak dengar lagu mona fendi tu, korang carikla sendiri. aku bukan ape, aku takot nanti aku dah xnak bukak blog aku ni lagi. sebab takot tengok muka dia. huuuu. xsanggup aku nak attach video kat sini. nanti aku xleh berblog plak.

Sunday, May 15, 2011

Nuffnang aku baru rm12. haha macam mana nak kayo?


rm12, nak beli ape? aiskrim agak2 dapat x?
haha, saper2 yang datang blog aku tanpa disengajakan,
klik la mana iklan yang patot dengan hati yang ikhlas.
hoho, bak kata orang,
"rezeki yang halal tu bukan dari paksaan"
padahal, aku yang cakap.
.hahaha.

xpe2. layan dulu video ni


tengokla video budak neh. bapak dia haram xgelak.
haha, aku tengok, aku gelak,
tapi bapak die xgelak.
tapi tu bapak die ke? hahahaha
ade aku kesah.


daripada korang semua tengok video klip kumpulan gula2 batu
(opsssss.. sila jangan saman saya). baek layan video kat atas ni,
hahaha. banana phone

ni plak gambar2 aku time gi tengok buaya.
yela, buaya ni kan sedara angkat aku.
jadi, kenala melawat. kang kecik hati pulak

tengokla kaki ku.. licin kan. hak3x
tu buaya, yang tengah tu nama die peah, tepi sket lempoyang.




nama yang len2 xtahu sangat, yela, lame tak jumpe. dah lupe. wakakaka

sibuk jugak die nak tunjuk2. huh. haha


peah, lempoyang dan sedara2 nya

serene n me. ala, buaye je pon. hahah pegang2 je pon

jaga2. dia suka gigit hidung.

macam tula kisah aku melawat sedara2 aku tu.
hahaha..kang senang2 aku melawat lagi eh.

p/s : nak bela buaya ar cenggini.

Design Baru, Harapan Baru. hoho

asslamualaikum dan juga hi.

ok, now dah tuka design baru untuk blog ni. 
kalau nak kutuk, kutukla, hehe. 
ye ar aku tahu, 
aku bukannya pem"blogger" tegar kan. tapi asyik2 tuka template je. 
ape? ingat hang tu 'famous' sangat ka?
dengan 'kaler' pinky2, ingat cantik ka?
hang ingat lawa ka?

ada ka kata lagu tu? ada2?
hang sakit hati pasai pa? duk diam2 sudahla.
(aku blogging bukan nak femes pon)

ok, senang cerita, 
aku dah nak grad bulan 9 ni.
Insyaallah.. kalau tak ada paper yang kantoi.
(bukan apa, kita merancang, tuhan menentukan)
sekarang, duk rumah jadi "beruang".

dalam2 duk cuti tu, aku sambil2 type journal untuk publish.
journal final year project aku masa degree.
Supervisor aku yang suruh.
aku buatlah, hehe
yela, kalau tak buat sekarang bila lagi.
bulan 6 ni da kena balik UTM.

da habes belajar, buat apa pegi UTM lagi,
sajer jer, aku nak bagi makan rusa2 kat UTM tu.
haha, gurau je.
aku sambung buat Master plak.
hahaha, rezeki datang bergolek, kita ambik jela.
lagipon, saperla nak ambik aku jadi engineer kan.
sob3x.

dengan harapan yang baru, 
aku type journal tu dengan penuh semangat.
tapi selepas 15 minit, aku dah xlarat.
haha, saper yang boleh buat keje kat rumah??
mase kecik2 bolehla. bila da tua2 ni, haram..

haha, xpe2. slow2 kayuhla kan. nak gi mana laju2.

gambar yang xde kena mengena dengan entry ni

p/s : type jangan tak type. duit tu...

Monday, May 2, 2011

:::tahfiz dulu baru boleh kahwin dengan anak perempuan saya::::

.asslamaualaikum.

wah! aku punye tajuk entry... ni adalah cerita seorang lecturer aku. masa tu aku kat matrik pahang. kalau saper2 yang masuk kuliah fizikal 1 batch 2006/2007 mungkin tahu cerita ni. nama lecturer tu aku dah lupa. bagi aku, dia memang kelakar. suka buat lawak. masuk kelas dia, enjoy je walaupon aku selalu buat hal sendiri. hahaha
ok, cerita dia bermula macam ni.
 

lecturer tu bercerita : 'dulu student saya nakal2. nama pun dah budak fizikal. biasa ar, saya ada anak perempuan. comel sangat (yelah, anak sendiri... xkan nak cakap xlawa. heheh). tapi kecik lagi. saya ada buat makan2 kat rumah (KENDURI), dan saya ajaklah student saya datang rumah, lepas tu budak2 laki ni, dia berkenan kat anak saya. comel sangat katanya. sampai ada yang cakap nak kawin dengan anak saya bila besar nanti. n bebudak ni nampak bersungguh2. last2 disebabkan ramai yang duk usha2 anak saya, husband saya pon panggil la bebudak ni. husband saya tanya betul2 ke nak kawin dengan anak saya. dorang cakap betol2 nak. dan husband saya cakap, boleh, tapi dengan satu syarat.. tanpa segan silu, budak2 laki ni terus tanya apa syarat dia. then husband pon cakapla "hafal quran 30 juzuk, baru boleh masuk meminang".. ada 2 3 4 5 orang dari dorang, terus tarik diri. tapi, ada lagi yang still berusaha...."

aku tak tahu da cerita lepas tu. sebab aku dah balik kampung. matrik da habis lor... hahaha

itulah cerita pasal lecturer aku tu. lebih kurang gitula... ingat2 lupa. cerita ni lebih kurang 5 tahun lepas. memang da lama. tapi, lelaki yang usaha tu memang betol2 jantanla. tu baru betol2 jantan. 

p/s : cemana lelaki2 di luar sana? ada berani buat mcm tu? ikutla kemampuan anda.. jangan paksa diri. kalau lelaki tu masih berusaha sampai sekarang, aku doakan semoga berjaya.

T.O.K.E.K

assalamualaikum & hi

"TOKEK"

pasal tokek pon leh jadi entry blog picisan macam aku kan? hehehe. biar ar. aku suke. suke ati aku la. hahahaha.. janganla mara2. haha. pasal tokek. hmmm actually (awww.. speaking london) eh2. kenapa kalau cakap omputeh je, org mesti kata "speaking london" (ke aku je yang cakap cenggitu?). nape xcakap amerika ke, united kingdom ke. hahah (yang penting jangan cakap melayu slang omputeh. buruk seh! xcool langsung)

okeh2. berbalik kepada cerita tokek. serius! aku memang xtahu apa2 pasal tokek. aku kenal tokek pon sebab "my sayang" yang cakap. haha. aritu adala pergi tempat macam uptown ke pasar malam ntah aku pon xsure. hahaha ade la satu gerai die letak tokek nih. haha. pastu adalah kisah yang buatkan aku gelak nak pecah perut pasal tokek nih. my sayang buat lawak pasal tokek ni... memang masa tu aku yang sengal ni percaya bulat2. hahaha nak wat macam mana, macam tu la kan..... hahaha... kalau cerita dalam bentuk ayat, tak nampak la kelakarnya. die kena ade nada suara yang mcm2. hahahahahaha..

aritu aku adela google pasal tokek nih. mak ai. harga riban ribun.. tokek sejengkal je kot besarnye. hahaha aku nampak tokek tu yang bintik2 merah. aku tengok gambar je. yang aku tahu pasal tokek ni, dia sejenis cicak. kalau pasal makanan kegemaran, hobi, asal dari mana, aku tak tahu plak. die suke makan pizza kot.. hak3xx... lantak dia ar. yang penting, aku suka tokek ni. hahahaha.

dah jadi macam trademark aku n dia da benda alah tokek ni..
malam ni aku terpikir, wonderpet boleh tolong ke tokek ni kalau dia dalam kesusahan?? hahahaha otak aku separa biol. sape yang ajar? "my cayang la" hak3x.. mintak maaf semua, entry aku kurang gambar. sebab internet lembab tahap tokek lapar. sebab tu malas nak upload gambar. tp tokek lapar lembab ke? hahaha

sila google sendiri dengan menaip perkataan "TOKEK".
kui3x.

bila tokek gelak... dia bunyi macam ni tau... TOKEKEKEKKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEK

hahaha. sebelum korang jadi tokek atau tersampuk dengan tokek ni, bek aku berenti menulis. hahaha
gudnite sweet dream

p/s : msg untuk my sayang : tokeeeeekkk, tokek tokeeeeeekkkkkk toooookeeek! hahah.

adios!!

Friday, April 29, 2011

(0_*)y lalalalala

assalamualaikum and hello tuk semua adik2, abang2, makcik2, tok2, nek2....  tanpa merasa segan dan juga silu, dengan membuat diri sendiri seperti "hot" atau kata pinjamnya "ah, gedik perasan bagus"(hahaha), aku menulis entry dengan penuh rasa ".........................." (sila isi tempat kosong). okeyh. aku nak cerita sikitlah hari ni. hari ni aku gi plant visit untuk subject PLANT DESIGN yang sungguh tertekan buat semua pelajar IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KIMIA (POLYMER), (GAS), (BIOPROSES) mahupun (PURE). ya. di saat tahun akhir inilah beban yang lebih besar seperti 10 REACTOR tank berada di atas kepala.

:::AYAT SKEMA NAK MAMPOS:::

(sila jangan cakap bahawasanya saya adalah dikalangan yang skema, 
siapa cakap macam tu, Sila Kentut dengan Kuat)

hahahahahahaha

ok, akhirnya aku dah selesai dengan tugas yang paling berat aku rasa dan lebih berat dari FINAL YEAR PROJECT. grrrrr.... Dan pagi tadi, lawatan itu sangat berbaloi. why? sebab lawatan tu buat aku paham dengan ape yang aku buat selama hampir 5 bulan duk design2. hahaha.

dah xde rasa nak tertekan lagi. mana taknye. viva segala vavi.. ops. sorry. dah selesai okeyh.
malas nak cakap panjang.
bye. 

aku lupe, aku lom solat. :(

Friday, April 22, 2011

"4 years" - it is almost end!

hi to all include "the fake readers!"

didn't get me?? 
_whatever_

i thought it is just the beginning of my life
hahaha. but it almost there!
.i almost done with my ""bachelor"".

yeah.. during this 4 years, i feel sucks, feel tired, always questioned "when will i graduate?", and sometimes feel like i'm going crazy with all these part of my life taking chemical engineering as my major. argghhh..
regret??? yeah. sometime... hahahaha 

_positively_
it is super awesome!!!

in 2 weeks, i'll be free. hahaha. yeah. its over.
ok. ok .ok. ok. stop...!!!
remember Amirah! 
it is not over yet.
u already decided to continue your study to the higher level... remember..

OMG... grrr... my suffer will begin again.
hahaha... whatever it is. just say bye2 to the "4 years" and say hye2 "2 years".

"it this 4 years, i learned lot of things. it is precious time for me, him and friends! all of u are awesome!. for all the misunderstood, anything wrong, please forgive me. for the happiness and sadness that we shared together, i'll keep it in my heart. for my love one, i appreciate that u still stay with me. <3. 4 years without regret. thanks to all.!"  


NO REGRET
for my love, i'm waiting u.. hehehee....

p/s : i'm not so good in english, just trying to put an effort.

Saturday, February 26, 2011

HaHaHaHaHa..

heLLO! Assalamualaikum!.

sungguh aku tak sangka yang blog aku ni ade jugak yang still datang.
aku dah lama x update. heee 
ok2. aku update.

hahaha. firstly thank you to all "bloggers" yang cantik lagi cute.
alamak! ada yang kecik hati? ok2.. semua orangla yang datang. jangan kecik hati ok!
.ala tomey2.

korang! sorry ok! xsempat nak update. too busy la. ahaks!
dah final sem la kan? haha. very the serabut!

tapikan. aku da macam makin "bam bam bam" je..
macam mana nak kurus? oh plzzzzz help me..

 you see, you see very the tembam!


MY SAYANG said :"kalau amy kurus, abg bagi hadiah"

waaaa nak hadiah tu.. macam mana ni??? nak hadiah tu jugak!

-semangat-

p/s : Saya sayang My Sayang saya. Sekian. jangan kacau dia tau3x! i tembak nanti.

bye2... juget2.




Friday, January 14, 2011

hello readers!

assalamualaikum n hye3x..

semua sihat? hope semua sihat ek...
..hehe..

okep2, for entry kali ni,
arap semua xmeleleh air liur ye, hehe, sebab entry kali ni pasal makanan.

NASI LEMAK

ok2.. comel x?

sebab rasa xde keje, buat perkara2 macam ni.
hik! ada aku kesah?

haha, paper pon, jangan men baling makanan sudah. hiks!

=)
caranya... tada...
ni bahan2 nak buat sambal.

ni cara aku buat sambal nasi lemak, so kalau korang buat cara lain, lainla caranya yek!
haha, yang penting, ada bawang merah, bawang puting, halia, cili nak bagi pedas je. ops.. jangan lupa air asam jawa (asam keping pon boleh) dan juga cili boh.
 
hehe.. so, bahan2 kat atas ni (dalam gambar), korang tumbukla sampai lumat or blend je, (aku potong macam tu sebab kat hostel mana ada lesung pipit batu! yang ade, lesung porselin, tu pon kat lab, xmuatnya nak tumbuk bahan2 aku ni. heeee...

ok2. mula2, panaskan minyak, then gorengla cili boh sampai cili tu mcm masak2 sket.. bila korang rasa da ok, korang masukkanla bahan2 yang da ditumbuk@kisar tu.. and tunggu sampai subuh sok bawang tu plak macam masak2. heeeee.....

hehe, yang ni da siap tau.

hehe, lepas bawang tu dah macam ok2 je dalam periuk tu, korang masukkan la air asam. then tunggu sampai kering sket. kalau korang suka letak bilis terus, korang letakla terus masa buat sambal. yang aku buat ni xletak sebab my roomate xsuke ikan bilis lembik2. die nak rangup2. so, kitorang goreng je..



and, korang carikla lauk pauk lain untuk makan bersama nasik goreng ni. aku goreng sosej n scallop. hehe. belasah jela kan. hahaha... nak bagi kentut busuk sedap lagi, rebusla telur! hehehe..

haha, xreti2 potong? heheh.

lauk pauk extravaganza!

untuk nasik plak, masak nasik macam biasa, tapi tukar air tu, dengan santan. jangan lupa tambah sedikit garam n letak sekeping halia. nak best lagi, letak halba. (halba ni sejenis rempah ratus yang biasa digunakan untuk buat nasik dagang. nyum3x.)

tada.......

ok... selamat mencuba. aku masak ni semua dalam rice cooker je. yela, hostel mana ade dapur... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails