Followers

Friday, January 8, 2010

Kisah Plastik

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua pengunjung, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi membaca entry2 yang tak seberapa ni.

Ok, Plastik merupakan bahan atau peralatan yang banyak digunakan kini. Kalau kita lihat mana2 pun, plastik sangat famous. Fakta tentang plastik ini adalah tidak boleh lupus atau dalam perkataan sains tidak boleh dibiodgradasi. Oleh itu setiap plastik yang dibuang tidak kirala dimana-mana sekalipun, tidak akan pernah luput walaupun hingga hari kiamat..

Banyak juga mengatakan bahawa barangan plastik memberi kesan yan berbahaya kepada manusia dimana akan mendapat penyakit kanser dan sebagainya. Sebenarnya semua ini benar, tetapi untuk memudaratkan manusia bukanlah semudah yang disangka. Jika anda ingin tahu, botol susu contohnya dikatakan akan mengeluarkan toksik apabila direndam dalam air panas, ya... memang betul, tetapi kajian yang dibuat adalah dengan menggunakan suhu air melebihi 300 darjah celcius. Dalam kehidupan seharian, kita hanya menggunakan suhu air hanyalah maximum 100 darjah celcius.

Jadi, botol susu tersebut tidak mengeluarkan toksik kerana pada suhu 100 darjah celcius, ikatan zarah2 masih stabil dan tidak membebaskan gas ataupun racun yang berbahaya. Jadi, ianya selamat digunakan. Jangan risau. Satu lagi tip untuk semua pembaca, Jika anda ingin membeli barangan plastik, periksa dahulu bahagian bawah plastik dimana terdapat satu nombor untuk pengkelasan recycle. biasanya PP (polypropelene) adalah bernombor 5. Stakat ini tiada masalah tentang PP yang memudaratkan manusia. (fakta mungkin boleh berubah)

Rentetan dari itu, Barangan plastik bukanlah 100% memudaratkan manusia. Kerana penyakit kanser dan penyakit kronik lain banyak datangnya dari persekitaran dan pemakanan yang teruk. Mungkin hanya peratusan kecil sahaja disebabkan oleh barangan plastik. Walaubagaimanapun, tiada apa yang kekal keadaan dan sifatnya di dunia ini. Jadi jadilah manusia yang berhemah dalam menjana kesihatan yang berkualiti tinggi.

2 comments:

black_mel said...

kolej mana tu??

Mata Perang said...

kolej mana??? hehehe
ape maksudnya????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails