Followers

Sunday, January 24, 2010

Adakah manusia selfish perangainya sama???

Perkara seumpama seketika dahulu berlaku lagi.. Tapi bukanlah kepada orang yang sama. Hari ini seorang manusia yang dikatakan ego, sombong, kedekut serta selfish wujud melakukan kesilapan lagi. Sudah dari beratus2 kawannya, kini hanya tinggal 2. Hmm, tetapi dia tidak pernah sedar akan kesilapannya.

Dia kini mencari2 teman dikala duka sedangkan ianya buat tak tahu sekian lama tentang orang itu. Setelah satu peristiwa terjadi, dia mengadu domba untuk meyakinkan bahawa dia tidak bersalah. Sedangkan seribu orang yang memandang itu lebih kuat dari dirinya sendiri.. Ya.. dia kuat apabila membela dirinya yang terang2 bersalah.

Kesian juga kawanku ini walaupun dia bukan sekelas dengan aku.. Mungkin aku memahaminya dan mungkin tidak. Aku hanya mendengar dan tidak mahu mengomen apa2 kerana aku tidak kenal mana dengan budak itu. Yang aku tahu dia control ayu dan nampak lembut. Tetapi, rungutan dari kawanku tentang dirinya buat aku benar2 terkejut...

Wah, dunia sekarang... Jika kawanku ini bersamanya dari sekolah rendah lagi dan mengetahui semuanya tentang dirinya, sudah pastilah dia akan marah apabila kawan lain terkena dek perbuatan hingusan dia. Memang tidak patut.. Sekarang kawan2nya sudah tidak mahu berkawan dengannya dan tidak mahu kesiankan dia lagi.. Pada hemat aku, Jika perangai kita buruk, kita berubahlah. Jika seribu orang menjauhi kita, pasti ada sesuatu pada kita...

Dont judge a book by its cover.. yeah.. Kulit yang buruk belum tentu isinya buruk.. Tapi dunia hari ini, semakin cantik seseorang itu, semakin buruk perangainya. mungkin...Tetapi kita tak boleh menilai orang dari rupa paras. Nilai manusia dari cara percakapan, perangainya dan bukan paras rupanya...

jika anda rasa anda adalah tergolong dalam kategori yang diceritakan, fikirlah sedalam2nya. Kurangkan diri dari menjadi perhatian orang.. Pesanan ini untuk aku juga. sebab manusia memang ego...

p/s:: jangan kedekut2.. ti tuhan tarik rezeki.. kita kedekut 10 sen, tapi tuhan tarik RM1000... mn la tahu....

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails