Followers

Friday, January 29, 2010

Meeya bz melampau...

wah... tajuk macam pe je...
sekarang ni Meeya bz sket...
And sape2 yang pernah ke AUSTRALIA espeacially Queensland University...
Plzz hit me at the comment Box,,,, Nak tanya macam2 ni.. heheh PLZZZZ

Sunday, January 24, 2010

Tiba-tiba teringat ustazah sekolah berpesan....


Dulu, tahun 2004 dan 2005... Ustazah aku mengajar bab rezeki. Ustazah cakap, Setiap duit yang kita dapat samada gaji atau hadiah mungkin, seeloknya dermalah sedikit walaupun 1 sen kepada anak yatim atau sesiapa sahaja. Kerana dalam rezeki Allah bagi pada kita, adalah untuk orang lain jugak..

Usatazah pesan lagi.. Allah boleh menarik rezeki. Biasanya hal ini berlaku pada si tangkai jering (kedekut) atau jenis yang berkira2. Contohnya kalau kita makan, kawan mintak sikit atau makan dengan rasa megah atau apa2 aje, tiba2 kita muntah, tu dinamakan tuhan tarik rezeki kita. Mungkin ini hanyalah perkara biasa dan kita tidak pernah memikirkan itu kerana tuhan tarik rezeki, tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Tuhan sentiasa nak uji dan memberi pengajaran kepada manusia. Mungkin kerana kita terlalu berkira2 dalam mebuat sesuatu (terutamanya duit) tuhan akan menarik lebih dari apa yang dia berkira2. Hmmm... jadilah manusia yang suka bersedekah.. Ada jugak jenis yang suka barang orang. Suka ambil barang orang tetapi ila orang lain nak pinjam barang dia, dia berkira2... bagi aku.. Nila manusia terkeji dalam dunia....

Haaa. satu lagi, jika kita keluar dengan kawan2 or sape2 je... jangan suka round2 nilai duit... Contohnya order untuk setiap orang tapi bayar atas satu bil dan anda yang membayarnya, then makanan kawan anda tu adalah Rm8.70, janganlah rounding2 sendiri nilai tu jadi Rm9.00 atau lebih dari tu.. Jika kurangkan tidak ada masalah. Ini bukan apa, jika kita rounding2 duit macam tu tanpa bertanya dahulu pada orang yang hendak membayar, tu dah kira duit haram... 10 sen yang haram tu pun kat akhirat dah berat dah nak tanggung...

Ingatlah kawan2... Jangan rounding2 suka hati.. Haram tetap haram. Pasal duit jangan buat main.. Tanpa pengetahuan, haram sayang oi.... kalau dah dapat permission takpela...

keberkatan dalam hidup tu penting.. Jika kita dah makan banyak2 lebih dari biasa, tapi tak kenyang, tu namanya rezeki yang kita makan tu mungkin tak berkat.. Kalau tak berkat, hati jadi gelap... periksa diri, mungkin kita ada melakukan sesuatu pada masa dahulu..


Keberkatan tu penting!!!!!!!!!!!


p/s : Kedekut = Setan

Adakah manusia selfish perangainya sama???

Perkara seumpama seketika dahulu berlaku lagi.. Tapi bukanlah kepada orang yang sama. Hari ini seorang manusia yang dikatakan ego, sombong, kedekut serta selfish wujud melakukan kesilapan lagi. Sudah dari beratus2 kawannya, kini hanya tinggal 2. Hmm, tetapi dia tidak pernah sedar akan kesilapannya.

Dia kini mencari2 teman dikala duka sedangkan ianya buat tak tahu sekian lama tentang orang itu. Setelah satu peristiwa terjadi, dia mengadu domba untuk meyakinkan bahawa dia tidak bersalah. Sedangkan seribu orang yang memandang itu lebih kuat dari dirinya sendiri.. Ya.. dia kuat apabila membela dirinya yang terang2 bersalah.

Kesian juga kawanku ini walaupun dia bukan sekelas dengan aku.. Mungkin aku memahaminya dan mungkin tidak. Aku hanya mendengar dan tidak mahu mengomen apa2 kerana aku tidak kenal mana dengan budak itu. Yang aku tahu dia control ayu dan nampak lembut. Tetapi, rungutan dari kawanku tentang dirinya buat aku benar2 terkejut...

Wah, dunia sekarang... Jika kawanku ini bersamanya dari sekolah rendah lagi dan mengetahui semuanya tentang dirinya, sudah pastilah dia akan marah apabila kawan lain terkena dek perbuatan hingusan dia. Memang tidak patut.. Sekarang kawan2nya sudah tidak mahu berkawan dengannya dan tidak mahu kesiankan dia lagi.. Pada hemat aku, Jika perangai kita buruk, kita berubahlah. Jika seribu orang menjauhi kita, pasti ada sesuatu pada kita...

Dont judge a book by its cover.. yeah.. Kulit yang buruk belum tentu isinya buruk.. Tapi dunia hari ini, semakin cantik seseorang itu, semakin buruk perangainya. mungkin...Tetapi kita tak boleh menilai orang dari rupa paras. Nilai manusia dari cara percakapan, perangainya dan bukan paras rupanya...

jika anda rasa anda adalah tergolong dalam kategori yang diceritakan, fikirlah sedalam2nya. Kurangkan diri dari menjadi perhatian orang.. Pesanan ini untuk aku juga. sebab manusia memang ego...

p/s:: jangan kedekut2.. ti tuhan tarik rezeki.. kita kedekut 10 sen, tapi tuhan tarik RM1000... mn la tahu....

Thursday, January 21, 2010

Meeya jatuh tersungkur...

Meeya tersungkur?? really.. owh... Yes... Absolutely yes....Meeya jatuh sembah bumi... hehehe Kelako die tak yah cakap ar. Hehehe Kisahnya macam ni, Meeya nak kuruskan badanla katakan.. Hehehe. Nora dan Hajar my jiran ajak pegi jogging. So, ikut ajela.. pastu.. kitorang jogging naik ke balai cerap. Budak2 UTM je yang tahu tempat ni macam mana.

 on da way nak sampai puncak, Meeya yang gemok ni mana larat... Tapi Budak nora n hajar leh tinggal Meeya. Siot tul.. Diorang nak Meeya lari. Bukan jalan.. hahaha.. Xlarat den.. dahla kena kejar ngan monyet... takot3x... hak3x....

Meeya sampai puncak tau.. berjaya jugak akhirnya.. haha. Then bila nak turun, kat sinila meeya sembah bumi. Pergh... lawak giler... Giler pon tak lawak macam ni tau. Masa nak turun bukit tu.. Meeya lari sket.. Pastu................. dah sembah bumi dah weh..... Lost control... kaki laju je.... hahahaha.... xleh nak stop. serius... giler....

Meeya sempat pikir tempat nak landing. Daripada jatuh semak or langgar tiang letrik, lebih baik landing atas rumput. Meeya cuba usaha rebahkan kaki atas rumput. kecepuk.... Dah tertiarap... sadis3x...

NOra n HajaR dah tergamam tengok meeya jatuh. Pastu meeya pusing badan n telentang atas rumput. Gelak kuat3x... hak3x...Pastu dari puncak, sampai ke bilik, kitorang gelak.... hak3x...

p/s : jangan berlari bila turun bukit....

Tuesday, January 19, 2010

Bukan Bebelan Biasa....


ini bukanlah saja2 nak tulis,
tapi aku ada terbaca satu buku,
masa tu aku tengah tunggu Dr Mat Uzir masuk kelas,
aku lepak kat UTM reading station dulu,
aku ada baca tentang adab2 semasa berbelanja..
aku pon tak tahu ni semua adab..
yang paling menarik,
die tulis, 'elakkan membebankan ibubapa sekiranya mendapat biasiswa atau PTPTN'
aku rasa memang patut pun macam ni..
hehehehe...
satu agi.. jangan membebankan orang tua bila nak bayar PTPTN nanti.. eheh.
(ayat aku neh, bukan dalam buku tu)
bukan ape, pandai pinjam pandaila bayar.
kalau mak bapak kaya raya (harta bertimbun2) xpela.
sebab seribu dua tu macam sket je bagi dorang kot.
mungkin... Tapi takpela, kaya macam mana pon bukan tu yang dikira kat akhirat t..
kalau kaya, pastu kedekot pon tak guna gak..




p/s : haa kawan2... ingat tu... (aku eskimo??? black mmg nak kene.

Monday, January 18, 2010

Meeya Busy

hehehe.. busy kew???
rasanya buat2 tak bz... keje berlonggok, biar jela berlonggok..
leh jual, 1 longgok spoloh hengget.. sape nak??? angkat tangan...
eh...eh... jangan nanti bau ketiak...bucuk ma...
aha..... ni pon... tengah tunggu tyme nak meeting...



Saturday, January 16, 2010

Berubah wajah

yea2x... da tuka banner baru...
walaupon buruk, terima jela ye...
meeya tak kreatif...

Friday, January 8, 2010

Meeya + kurang sabar

entah kenapa la sejak akhir2 ni,
aku menjadi makin kurang sabar.
dulu paper benda pon aku tahan je... sabar je..
tapi skang,
pantang sapa wat sala..
atau ada yang tak kena kat mata aku,
aku akan hangin..
sorry guys...
aku pon tak tahu ape da jadi ngan diri aku..
sape yang kena sound ngan aku,
atau kuar ayat yang terguris kalbu,
sorryy....

Kisah Plastik

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua pengunjung, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi membaca entry2 yang tak seberapa ni.

Ok, Plastik merupakan bahan atau peralatan yang banyak digunakan kini. Kalau kita lihat mana2 pun, plastik sangat famous. Fakta tentang plastik ini adalah tidak boleh lupus atau dalam perkataan sains tidak boleh dibiodgradasi. Oleh itu setiap plastik yang dibuang tidak kirala dimana-mana sekalipun, tidak akan pernah luput walaupun hingga hari kiamat..

Banyak juga mengatakan bahawa barangan plastik memberi kesan yan berbahaya kepada manusia dimana akan mendapat penyakit kanser dan sebagainya. Sebenarnya semua ini benar, tetapi untuk memudaratkan manusia bukanlah semudah yang disangka. Jika anda ingin tahu, botol susu contohnya dikatakan akan mengeluarkan toksik apabila direndam dalam air panas, ya... memang betul, tetapi kajian yang dibuat adalah dengan menggunakan suhu air melebihi 300 darjah celcius. Dalam kehidupan seharian, kita hanya menggunakan suhu air hanyalah maximum 100 darjah celcius.

Jadi, botol susu tersebut tidak mengeluarkan toksik kerana pada suhu 100 darjah celcius, ikatan zarah2 masih stabil dan tidak membebaskan gas ataupun racun yang berbahaya. Jadi, ianya selamat digunakan. Jangan risau. Satu lagi tip untuk semua pembaca, Jika anda ingin membeli barangan plastik, periksa dahulu bahagian bawah plastik dimana terdapat satu nombor untuk pengkelasan recycle. biasanya PP (polypropelene) adalah bernombor 5. Stakat ini tiada masalah tentang PP yang memudaratkan manusia. (fakta mungkin boleh berubah)

Rentetan dari itu, Barangan plastik bukanlah 100% memudaratkan manusia. Kerana penyakit kanser dan penyakit kronik lain banyak datangnya dari persekitaran dan pemakanan yang teruk. Mungkin hanya peratusan kecil sahaja disebabkan oleh barangan plastik. Walaubagaimanapun, tiada apa yang kekal keadaan dan sifatnya di dunia ini. Jadi jadilah manusia yang berhemah dalam menjana kesihatan yang berkualiti tinggi.

Sisipan Nurani

Seandainya tiada lagi esok untuk kita, apa yang kita akan buat pada hari ni? Adakah manusia yang sentiasa sibuk akan berhenti dari melakukan kerja dan bersegera mengingati Allah yang maha Esa? Atau manusia akan terus hanyut menikmati hari2 atau titik akhir dengan berfoya-foya dan bersuka ria tak ingat dunia.

Hari ini mungkin terakhir buat kita. Adakah esok masih ada untuk kita. Adakah kita manusia lemah sudah bersedia untuk hari esok. Seandainya esok masih ada, adakah kita akan menarik nafas lega.

Persoalan ini hanya boleh dijawab apabila anda bersedia menjawabnya. Dan pastikan anda betul2 bersedia dan bukan main2. Kerana Esok mungkin sudah tiada untuk kita.......

Thursday, January 7, 2010

meeya x cihat lagi

meeya sakit tooooottt..
dah.. habis... teeeettt

Wednesday, January 6, 2010

Manusia Milik AllAh

Hari ni, 06/01/10, rabu...
adik kawan aku telah meninggal dunia.
Kawan aku bernama Siti Naelah Ibrahim.
adik lelakinya telah lama accident
dan berada di hospital sebelum ini.
budak ini baru sahaja berumur belasan tahun

Budak ni sangat baik dan sentiasa memberi pertolongan kepada ibu Meeya
Budak ini juga mengambil upah menjual santan di pasar.

Keluarga Meeya dan Keluarga Naelah 
boleh dikatakan sangat rapat dan dah jadi macam keluarga sendiri.
Alfatihah buat arwah yang telah pergi buat selam-lamanya.
apakah kita yang hidup lebih 20 tahun akan hidup lama lagi..
hmmm renung2kan...
sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..

al fatihah

Impian Tahun INi


memiliki kenderaan (xkira moto atau kereta)
Nak cube wedges 5 inch pulak (aku kan pendek.. hik3x)

Nak tengok gambar pemilik blog pangkin4rest
Nak beli Blackberry (bukan nak guna pon, nak wat simpanan jew)
Nak pegi global outreach program (UK,Australia....)

Nak Bagitahu cikit.

Nak bagitahu cikit je...
cikit je...
dah...

Tuesday, January 5, 2010

meeyaa penat + ngntuk

ngntukny... pntny...

Sunday, January 3, 2010

kek batik punya cerita!!




wah, sekarang dah advance sket... masak kek batik kat bilik plak..
hohohoho.... tak tipu beb...
pakai rice cooker aje...
hahahaha


inilah rupanya bila da sejuk.

P>S>M..... Tahukah anda???

sekarang, da masuk tahun ketiga pembelajaran. PSM atau nama panjangnya projek sarjana muda akan bermula dan hari2ku akan semakin sibuk dek mencari maklumat tentang masalah yang dibincangkan dalam projek kali ini.Ianya hanya seperti asignment2 biasa cuma kali ini lebih detail dan perlukan kesabaran dalam mencari maklumat-maklumat yang penting. Prnah dengar science direct?? disitulah permulaannya maklumat yang aku mahu dikorek dan akan dikupas2 sebentar lagi. ya... tepat sekali.. adunan mestilah sebati dengan apa yang kita mahu. Jadi, semasa mengupas, tambahlah sedikit perasa journal2 yang lain... begitulah ceritaku untuk hari ini... END...
Publish Post

Saturday, January 2, 2010

01.01.10 #2


semalam aku ade cerite pasal spanar idup yang xpenah mampus dan experiment bagai kan...
o.k tu cerita pukul 2 petang.
ni aku nak cerita pulak cerita pukul 8 malam.
kak Shiela ade tecx aku petang tu.
nak belanja makan katanya.
aku terima je. (rezeki jangan ditolak)
walaupun aku berat hati   diet sebenarnya..
hehehe. tapi jemputan orang kita takle tolak kan3x..
dalam islam pon cakap cenggitu kan3x.
hehehe.. Kak shiela belanja makan pizza.
Okep2. meh aku gitau sket pasal kak shiela.
kak shiela ni senior aku, dulu aku pena tolong die.
skang baru nak belanje makan.
skang die da sambung master..
ok2.. kisahnya, kat pizza hut jusco taman u.
tengah kitorang syok makan sup cendawan yang tak sedap,
ada staff kat pizza hut tu might be 17 or 18 only
tengah susun pinggan2 kotor kat belakang aku.
sebab orang ramai, xde tempat, aku kena duk dekt2 dgn situ,
tapi tak dela dekat sangat pon...
2 meter gak kot.. eheh..
pastu telinga aku bunyi ade pinggan pecah.. memang macam pe je..
aku rasa 5 bijik pinggan yang jatuh..
berselerak.. gila ar.. mesti budak tu kena mara kan3x
pastu mesti kena potong gaji..
cian dia.. nak wat macam mana.
aku pon xle wat pe... eheh..
pas makan kitorang gi merayau2 dalam jusco.
kak shiela nak beli eyeliner katanya..
harga dia xdela mahal sangat Rm47.90 aje..
murah kan.. hahahahahaha

p/s: xde gambar nak ditayang. Hp murah je. gambar xcantek t..

Friday, January 1, 2010

01.01.10

hooyehhh....
aku ade benda nak kongsi....

amacam???

hahaha... hari ni buat lab polymer.
jumpe plak spanar idup yang tak penah mati ni..
XL punya size..
eheh...


polyethelene(PE)

Gambar PE ni plak memang rejected.
Bukan aku punya.. Abang master punya.. hehehe
dia wat experiment guna injection molding.
Tapi result hancus agaknya..
bab tu jadi gini.
sepatutnya jadi cantek aje...



 macam usus da aku tengok..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails