Followers

Wednesday, December 23, 2009

Kenapa Meeya Asyik Mimpi Laut....

Persoalan Meeya daripada kecik sampaila sekarang, tak pernah aku dapat jawapannya.. Aku tak tahu kenapa. Mungkin ini peringatan buat Meeya. Masa kecik2 dulu aku selalu mimpi laut. Dan sekarang pun.Hmm apa maksudnya eh?? Tengah hari tadi aku tido dan mimpi laut lagi. Tapi bukanla laut yang tenang je. Ianya tenang di awal mimpi. Kemudian akan menjadi seolah2 tsunami. Dulu masa kecik2 aku tak tahu apa itu tsunami, selepas kejadian tsunami melanda dunia pada masa dulu, baru aku tahu yang aku mimpikan tsunami. Masa kecik2 aku mimpi yang aku menyuruh semua orang lari menyelamatkan diri. Takut... Aku nampak air laut tu tinggi sama dengan pokok kelapa agaknya. Seolah2 mengejar ribuan manusia. Hmm. Menakutkan. Aku takut sangat2. Aku juga selalu mimpikan aku dan juga manusia lain sedang sibuk mengutip ratusan Lala di pasiran pantai. Terlalu banyak, boleh dikatakan bak rezeki datang mencari manusia. Tidak terhitung banyaknya. Lantas aku mengutip dengan penuh kegembiraan. Dengan penuh rasa kesyukuran bersama2 yang lain. Aku memandang laut, memandang seolah2 aku terdengar bisikan dari laut. aku memandang dan tanpa ku duga, air laut yang tenang itu kian berubah wajah. Tanpa melengahkan masa, aku cemas lantas aku menjerit dengan penuh kerisauan kepada manusia disekelilingku supaya melarikan diri. Semuanya tergamam dan cuba melarikan diri saat ombak mula berdiri. Ombak besar itu ibarat tangan yang mahu mengaut semua isi daratan dan termasukla aku dan juga manusia lain. Tetapi, aku tetap masih bernyawa dan terus menguak kaki dan tanganku untuk sampai kepermukaan air. Aku cuba menyelamatkan manusia lain yang tengah menunggu masa untuk meninggalkan dunia ini. Hmm.. Setiap kali bermimpi, aku akan cuba menyelamatkan orang lain. Terus cuba dan mencuba. Mungkin semangat aku kuat setiap kali bermimpi. Dan setiap mimpi tidak pernah ada kesudahan yang jelas. Kabur dek pandangan mataku saat itu. Tapi, apakah sebenarnya tafsiran mimpi ini. Mimpi adalah permainan syaitan, tetapi kadangkala ianya petunjuk. Dan aku tidak menafikan bahawa banyak antara mimpi2ku walaupun ianya hanyalah hal remeh dan biasa dalam kehidupan, ianya benar2 berlaku tanpa sedikit kelainan. Tanpa sedikit perubahan, tempat, kata2, manusia dan macam2 lagi sama seperti dalam mimpiku. Just Like fotocopy. Kenyataan mimpi akan berlaku tanpa aku mengetahuinya dan bila berlaku, aku akan sedar bahawa itu adalah mimpiku.. Ya Allah, give me a guide.. I need it absolutely.....


p/s : Meeya suka laut...

2 comments:

Mario said...

bkn mimpi laut murah rezaki ke? earning dah brp?mesti byk kan ... melaut punyela byk dia...hehe

Mata Perang said...

member pon ade ckp cenggitu...
hehehe.. ntahla.. earning baru 3 hengget.. mmg murah rezeki... hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails