Followers

Thursday, December 31, 2009

Meeya da semakin sembuh

My readers, thanx for ur cares..
hehehe.. dalam kelas pon semua tanya aku sakit pe..
sbb dorang tgk gambar yang aku post kt FB
heheh thanx to all. penyakit akhir tahun agaknya..
Selamat Tahun Baru

Tuesday, December 29, 2009

Meeya diserang Virus....???? Meeya dijangkiti.....

jangan gelabah eh...Semalam, aku punya tangan bengkak sikit. Asalnya tempat yang bengkak tu kena gigit nyamuk je.. Tapi semalam tiba2 bengkak n macam ada "mata". Aku pun takut ar. Cucuk ngan jarum. Xde pe pon yang kuar. so, aku pikir sok leh surut bengkak die. Aiseh ari ni bulatan merah makin besar... semalam macam duit lima ploh sen je, hari ni... ish3x
ni ha gambar die..

takut tak kawan2... heee

rini gi ar jumpe doktor.. Doktor pon layan je apa yang aku cakap. eheh.. die tekan2 kat tempat merah2 tu.. sakit sket je.. Tapi aku takut ar.. die makin besar je... takot3x. doktor cakap mungkin sebab kulit aku sensitip... aku pon terima jela.. Doktor tu bagi aku banyak ubat....


bile boleh abis ni...

ubat capsul tu kena makan 2 bijik 4 kali sehari..
gila nak telan semua neh..
kena sapu lagi...
doktor nak tengok apa kesan die.
die cakap, kalau jadi hitam, die suru jumpa die balik..
sebab die kate takot kuman jahat serang aku punya kulit ni
aku gelak bila doktor ckp kuman jahat...
hahaha... Tapi ubat die kasi ni antibiotik sebenarnya..
huuu... sedih la..
arap2 cepat ilang...
satu ubat sapu yang dokto kasi untuk hilangkan gatal.
aku kene gigit nyamuk, tapi tak garu pastu dah jadi len plak.
sdih betol...

p/s : kawan2 doa Aku eh.. Takot ni...

Saturday, December 26, 2009

Menci Cimbclicks!!!

Aku tak pahamla nape aaccount cimbclicks aku asyik suspended..Dah 3 kali da aku call cimb center.. ritu da ok.. ni jadi balik... ape kejadahnya semua ni.. tension betol.. Malas da nak call.. Geram tol.. Wat abes kredit aku je...

Cerita Hari Ini

Ari ni aku tido macam ape je.. sampai kol doblas...Kerana aku tak tido semalam..Not even a single minute..Sebabnya??..Belakang aku sakit..Sengal2... Memang tak tahu nape.Tak mau jumpe doktor. Takot... Heeee..Pastu die mesti bagi ubat... Confirm aku tak makannya.. so tak membazir harta negara tuh...Tahan je dulu wat masa ni. Aku boleh tido bila matahari da kuar. pukul 7 pg.. eheh...Semalam Mek zalina cakap discussion ari ni batal becoz of ade kenduri. Kenduri kawen abang napi md Sah katanya. So, aku assume xde discssion. alih2 jaa call, tapi aku tak dengar. syok tido... bile sedar kul 9.30 pg aku tanyala nape. rupe2nya. ade discussion.. eheh. dan2 je tak dtg. aku nak gi. dorang ckp tak payah, bab da nak balik da. so untuk tidak menghampakan dorang, aku pown sambong tido... Sory je kawan group 5 Rheology... pastu kul 12.30,jaa mesej kata nak gerak. aku tanya nak gi mana. Aiseh, dorang kata nak gi kenduri.. Gila babai... aku tak tahu pape pon. ingatkan tak jadi pegi. aku katala tak nak pegi..Manala nak kejar2 gi mandi, n semua2. malas la aku. tmbh2 sakit belakang aku ni ade gak secipot dua. tibe2 je, pintu bilik aku digegar oleh mek zalina. aih.... baru nak sambung tido..eheh...die pakse aku pegi jugak... adoih...die gosok baju kurung aku n wat semua2. suru aku mandi. huu... aku pon pegila jugak...nak wat macam mana, terpaksala.. hehehe... takpela, kawan2... (walaupun pada mulanya liat gile nak bangun gi mandi). kelakar giler aku tengok mek zalina td. hehehe...sampai kenduri kawen kat kulai, menu die best.. ade kambing, lembu dan ayam... aku makan ayam je.. kambing n lembu belum pernah aku makan... hahahaha... so macam tula cerita ari ni... balik bilik je aku pening nak mati...pening gile... p/s : ejud ngan aku 3 inci je beza ketinggian.. Terbukti lepas au pakai wedges 3 inch

Friday, December 25, 2009

:(


Assalamualaikum…
Hmm.. Malam ni aku rasa sayu..Tak tau kenapa.Aku rasa sakit2 kat belakang aku..Sakit2 kat bahagian perut aku..Dan aku yakin ianya bukanla berkaitan dengan bulan..Tibe2 ingat mak ayah sangat2..Rase nak nangis..hmm..Sedih…Aku rasa sunyi..Hilang dalam dunia sendiri..Kenapa dengan aku..Aduh, sakit belakang aku datang lagi..bahagian pinggang sebelah kiri..Sakit…Kenapa dengan aku eh??
Rasa sunyi je..Rasa bukan duk kat bilik ni je..I feel so awkward..Truly in my heart I feel so bad..Hmm..Aku da nak mati ke??.. Hmm.. Nape aku nangis ni..Alahai..Tibe2 aku terpikir, kalau aku mati, ad eke orang ingat aku?..Kawan2 akan ingat aku?? Ye ke??.. Atau lebih suke aku tak de..Sedih. Nape aku mesti pikir macam ni…Laju je airmata aku ni.. Sedih.. Ade sape2 leh ceriakan aku tak..

p/s : kalau Meeya mati, Sedekahkan Al-Fatihah eh utk Meeya..Tak ingat Meeya pun takpe…

Wednesday, December 23, 2009

B.E.N.G.A.N.G

Ha tengok!! tajuk entry aku da macam lagu Akim da..Haa?? sape? xkenal.. tak kenal sudah. Tak suruh berkenalan pon. Haa.. Aku bengang gila ngan sesetengah makhluk paling bertuah kat dunia ni bernama MANUSIA. Hish!!! Memang aku baran. Meh aku crite. Nak dijadikan cerita... Taib....(sempat agi wat lawak dalam mara2 ni kan?) hish... Bilik aku.. M19/118 Kolej Tun dr Ismail. Tepi pintu. Paling tepi. Dan Blok paling hot tempat lalu tak kira jantina. Kalau pintu kat tepi tangga merah berputar tu ternganga luas bak ikan jaws dalam cerita yang tak ingat titlenya, memang akan nampak segala isi perut blok sampai ke tandas. Kalau tak pakai tudung kalau keluar bilik silap2 leh buat free show kat insan yang berjantina bukan sejenis dengan aku. Dah memang confirm yang selalu masuk kot pintu tu adalah berjantina perempuan. Bile masuk or keluar, tak reti nak tutup. pastu kadang2 slalu ade couple duk bertenggek tepi jalan dekat ngan tangga tu. Dah tu, kalau aku keluar tak pakai tudung, confirmla orang len le nampak. Ni blok perempuanla weh... Tak paham ke?? Penat aku jaga aurat, pastu orang len plak nak bagi aku buat free show. ape ke jadahnya semua ini?? hish... Pastu ade plak yang tak reti bahasa!! dah tahu kunci tu pergila pintu main. Nak gegar pintu tu watpe. Ingat aku guard ke nak suruh aku bukak hari2. Memang sengal la ko!!!!.. Aku yang pemalas ni pon tak wat gitu tau! sebab pe?? Sebab aku tahu apa orang akan rasa bila kita suruh orang buat sesuatu apatah lagi nak jadi guard pintu ni!!!!!! Hish.... baran la aku orang macam ni... Tak belajar sivik agaknya..baran3x... Padan muka kat sorang budak tadi. Aku dah wat muka geram. kasi tunjuk sket! pastu aku tutup pintu kuat sket je. biar dia paham. Aku tengah study td.. baru je nak paham sket. Da la susa. Gangguan plak. Menyebok je!!! Pintu main bukan sebatu pon jauhnya. hek ele... budak2 ni aku sepak gak kang!!! baran2! p/s : Geram + Marah = zzzzzzz.. kan da takde mood nak study... sok kalau lecturer mara aku, siap ko!

Dengki Dengan Cerita Mario


Hak3x..Mario kena attack kali ni..Eheh..Padan muka Mario...Hik3x..Ye ar..Mario post entry pendek je, brape ayat je pon..Tapi rasa macam seronok baca...Aku punya cerita panjang..Ntah2 buhsan gamaknya..Eheh..So, Kepada Mario, Sila jangan berenti blogging!! sebabnya, Meeya suka entry Mario...Eheh..Mario da kembang buntut..hak3x...

Kenapa Meeya Asyik Mimpi Laut....

Persoalan Meeya daripada kecik sampaila sekarang, tak pernah aku dapat jawapannya.. Aku tak tahu kenapa. Mungkin ini peringatan buat Meeya. Masa kecik2 dulu aku selalu mimpi laut. Dan sekarang pun.Hmm apa maksudnya eh?? Tengah hari tadi aku tido dan mimpi laut lagi. Tapi bukanla laut yang tenang je. Ianya tenang di awal mimpi. Kemudian akan menjadi seolah2 tsunami. Dulu masa kecik2 aku tak tahu apa itu tsunami, selepas kejadian tsunami melanda dunia pada masa dulu, baru aku tahu yang aku mimpikan tsunami. Masa kecik2 aku mimpi yang aku menyuruh semua orang lari menyelamatkan diri. Takut... Aku nampak air laut tu tinggi sama dengan pokok kelapa agaknya. Seolah2 mengejar ribuan manusia. Hmm. Menakutkan. Aku takut sangat2. Aku juga selalu mimpikan aku dan juga manusia lain sedang sibuk mengutip ratusan Lala di pasiran pantai. Terlalu banyak, boleh dikatakan bak rezeki datang mencari manusia. Tidak terhitung banyaknya. Lantas aku mengutip dengan penuh kegembiraan. Dengan penuh rasa kesyukuran bersama2 yang lain. Aku memandang laut, memandang seolah2 aku terdengar bisikan dari laut. aku memandang dan tanpa ku duga, air laut yang tenang itu kian berubah wajah. Tanpa melengahkan masa, aku cemas lantas aku menjerit dengan penuh kerisauan kepada manusia disekelilingku supaya melarikan diri. Semuanya tergamam dan cuba melarikan diri saat ombak mula berdiri. Ombak besar itu ibarat tangan yang mahu mengaut semua isi daratan dan termasukla aku dan juga manusia lain. Tetapi, aku tetap masih bernyawa dan terus menguak kaki dan tanganku untuk sampai kepermukaan air. Aku cuba menyelamatkan manusia lain yang tengah menunggu masa untuk meninggalkan dunia ini. Hmm.. Setiap kali bermimpi, aku akan cuba menyelamatkan orang lain. Terus cuba dan mencuba. Mungkin semangat aku kuat setiap kali bermimpi. Dan setiap mimpi tidak pernah ada kesudahan yang jelas. Kabur dek pandangan mataku saat itu. Tapi, apakah sebenarnya tafsiran mimpi ini. Mimpi adalah permainan syaitan, tetapi kadangkala ianya petunjuk. Dan aku tidak menafikan bahawa banyak antara mimpi2ku walaupun ianya hanyalah hal remeh dan biasa dalam kehidupan, ianya benar2 berlaku tanpa sedikit kelainan. Tanpa sedikit perubahan, tempat, kata2, manusia dan macam2 lagi sama seperti dalam mimpiku. Just Like fotocopy. Kenyataan mimpi akan berlaku tanpa aku mengetahuinya dan bila berlaku, aku akan sedar bahawa itu adalah mimpiku.. Ya Allah, give me a guide.. I need it absolutely.....


p/s : Meeya suka laut...

Monday, December 21, 2009

Teringat Waktu itu..





 
Meeya dan dia..


Miss diz momentla.. huuu..
tapi ape leh buat.. Hmm..
Hope will can tie each other again..
but he so buzyla... sombong ke??
tak baik kan Meeya.. cakap macam tu..
Ari ni n semalam rasa semacam je ar.. 
eheh, hujan nak turun agaknya kat bilik Meeya..
What eva...


p/s : hope he text me tonight...



K.A.K.I


 
 Kaki Meeya




Sunday, December 20, 2009

Apa yang Meeya tak Suka Tentang Seseorang


Dan2 je wat entry macam ni. tak pe ar. Aku ada hak untuk bersuara.. Hahahaha...
Aku memang "choosy" sket.. tapi tak bermakna aku tak nak kawan or... whateverla...

LELAKI =>>
  1. Pakai rantai, gelang or lain yang sama waktu dengannya. Bukan apa yang pakai rantai kat leher tu watpe. tak stylo pon bagi aku.. Tak suka giler ar...
  2. Color rambut. Aku suka original ok.. tak men ar cetak rompak... walaupun barang aku banyak je xori.. tapi kalau manusia, aku tak suka yang ubah2. Original is the best in my eyes!!! lagipun nampak kotor ar kalau kaler rambut tak betul.. Lagi satu, macam mana nak semanyang tu??? mandi wajib pon belum tentu sah... hahahaha...
  3. Pakai seluar kecik kat bawah. Memang dari dulu lagi aku tak suka laki cenggini. Memang tak leh blah ar. Macam pe je.. Ni bagi aku je ok... bukan orang len. Mungkin orang len rasa ok... but not me..
  4. Berlagak pandai. Memang aku meluat dengan orang macam ni.
  5. Bajet hensem. Ceh, Atok aku lagi hensem.. hahahaha...
setakat ni je dulu bagi lelaki...

PEREMPUAN =>
  1. Kedekut. tak kira ar makanan ke, buku ke, idea ke... Win-win situation la weh.. kedekut watpe. Orang len punya sesedap rasa balun. tapi kita punya simpan wat pekasam.. hahahaha
  2. Hipokrit. Hamboi.. kurang asam dowh orang macam ni. Datang bila susah, pergi bila senang. Pe kes??? da le hidup atas ibu jari kaki kew???
  3. Bajet cun@cantek. Tak yah cakap ar.. Orang bajet cantik ni biasanya syok sendiri. pe leh buat.. hak dia. tapi aku menyampah...
  4. Suka mencarut. Nak mencarut, menyumpah or whatever... ko pandang cermin pastu, ko mencarut or menyumpahla. tengok sape yang kena... hahahha...
  5. Tak jujur. Cakap tipu2. aku TAK SUKA OK....nak bohong watpe.. takde paedahnya... Sekadar gurauan takpe.
cukup ar. tu.. aku pon bukannya bagus sangat pown... tapi kalau aku kata tak suka, tak suka ar... ade sapa kesah angkat tangan... eh tak yah, ti bau susah.. Pakaila rexona. tak sampai RM10 pown... hahaha...

p/s : Apa yang aku suka, tak suka n apa2 je.. adalah hak aku. dan bukan hak orang len. jangan mara or terasa. yang baik diteruskan, yang xelok diperbetulkan...

1st Week in New Sem #2



Hari ni habis lagi RM100++ hahaha... Shopping3x..Keje aku di saat kebosanan.Nak duk bilik lagi ar bosan.. Intenet asyik DC (disconnect) jew..Yela.. Semua benda nak Free.. Mmg ar gitu..Xpakai broadband pon... Kalau ada rasa2 nya nanti hari2 ngadap laptop jew...Jihad fi sabilillah ntah kemana nantikan. :D Hmm... Dah tak tahu nak watpe. Ritu adela jugak gi Jusco Tebrau ngan budak2 kelas.Tengok movie!!!! crite Avatar!!! Best tahap gaban..Yang paling menarik, seat semua penuh!! Aku, Jaa, Mek Tok, Umie, Ustaz, An, Mat, Man n Dzahir duk seat paling depan..Giler punya dekat dengan screen tu...leh bayang x?? hahahaKalau dah duk paling depan tu, confirmla kena mendongak 45 darjah..2 jam 40 minit.. Abis movie ti tak pasal2 jalan mendongak..Kerana kami dari course yang sentiasa giler2 dan buat hal sendiri tanpa mempedulikan manusia yang berada disekeliling, mengambil inisiatif dalam memperoleh posisi terbaik ketika menonton.Kerusi empuk ditinggalakan lantas kami duduk di atas lantai dalam movie tu... Hahaha..Who cares????? Rupa2nya best jugak duk depan.. hahahaha...Cubalah kalau rasa teruja... Memang rasa karakter tu duk depan2 cakap ngn kita.. hahahha. Bila lagi nak dapat pengalaman gitu.. Just go n have fun!!!! Masa kitorang gi tu, Awal Muharram.. Tak tahu plak die tutup. Mula2 pegi boling. tapi tutup.. dia Cakap kul 7 baru bukak.
Masa nak gi beli tiket movie pon sama tutup.Dia cakap hormatkan hari baik... Tapi kul 6 dia bukak.. sebelum bukak tu, makhluk bernama manusia beratur macam pe je..Padat!!!. Bayangkanla Dorang beratur sampai tandas!!!.. dasyat2.... Thanx tu dzahir sebab dia berkorban nak beratur gi beli... heee....

p/s : Len kali kalau nak berseronok, Tengok2 kalendar islam ye... Jangan men redah je... hehehe...

1st Week in New Sem #1




Cuti dah habis, so coming back to UTM..
KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA
yeah... Tiba2 aku jadi excited plak nak tulis pasal tagline UTM ni..
hehehe.. Semangat seh!!!!.. hahahha..
Yeah... semestinya Allah menyeru kita untuk beribadat padanya termasuklah belajar.
Jihad fi sabilillah...( kalau mati, Pahala besar)..
Kita doa untuk panjang umur...

ok2... Patriotik da abes.. apa plak eh..
hmmm.... 1st week this sem, so boring...
why??? should be questioned???
layan jela...

pertama-tamanya.... tidak ada Homework.. (dan2 je.. Macamla suka sangat wat homework)
kedua-duanya.... Lecturer tak nak mengajar banyak2 n tak tanya banyak2... (kalau tanya pon, biasanya xleh jawab.. Heee)
ketiga-tiganya... Meeya menjadi skema dengan ayat2 yang sedang ditulisnya... wakakakaka (mati kutu!!!)
keempat-empatnya... Ramai member2 yang balik uma sebab cuti awal muharram.. (ritu bukan men lagi ckp bosan duk umah,. hee biarla dorang.. dengki sebenarnya)
kelima-limanya.... en Mario asik cakap nuff meeya tido.. nuff ni buat Meeya geram... ( bukan bosan ngan en Mario ok...)
keenam-enamnya... berapa banyak nak kena tulis da...

ok2...
Kerana kebosanan yang melampaui batas, Apa lagi boleh buat kat bumi johor ni...
Shopping kat Jusco Taman U. Hari2 gi sana..
Entahlah.. barang asyik tak cukup je... maklumla.. duit Loan da masuk...
xdapat scholar.. tapi syukurla dengan apa yang ada..
Tapi bila da sampai bilik, bosan itu kembali.. heeeee..

Sebagai seorang student yang menyahut seruan berjimat cermat...
Meeya telah menfotokopi kan banyak buku untuk sem ini.. heee..
70% jimat... heeee...
walaubagaimanapun... Meeya telah kehabisan tolak campur RM400
hehehe... Ntah pape dibeli pun tak tahu....
seperti mana yang termaktub dalam karma kehidupan manusia,
manusia tak kan pernah puas selagi bernafsu... Yellow brain, plz think in white..
heeeeee... apalah Meeya ni mengarut...
sindrom Hyper bosan akan dijagkiti kepada pembaca2 Entry Meeya..
Kerana Meeya menulis entry ini dengan penuh ketidakbermayaan yang tiada bandingan..
jadi, Meeya harap afdlin Shauki akan datang membuat Meeya melonjak gembira..

Dengan ini, Meeya ingin mengucapkan.. Selamat Tahun baru Maal Hijrah...(yang Islam je ye)

p/s : Kepada DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, Meeya memohon maaf kerana Meeya telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tidak sempurna..Kerana kebosanan manusia itu akan menyebabkan manusia itu sendiri kurang waras dan senang dijangkiti oleh pembaca yang telah membacanya...

Thursday, December 10, 2009

MeeYa Nak BerEhat sEkeJAp

To All yang baca my entry.. thanx..
Meeya malas nak update wat masa ni.. meeya baca blog org je. hehehe

Friday, December 4, 2009

apakaH beNAr??



Entry kali ni nak tanya pendapat Semua Bloggers.... hehehe.. OK2 Semua buat muka Serius .


Tentang cinta Seorang Laki untuk Perempuannya..


Dalam kemaruk bercinta, sang laki menyatakan dia benar2 cinta akan sang perempuan..

Sang laki : Wahai Sayangku, Aku sayang padamu.
Sang Perempuan : Iye?? Banyak mana?
Sang laki : Seluas Lautan sayang ku.

Sang perempuan senyum lebar dengan muka kemerahan dengan kenyataan sang laki...

Lalu sang perempuan bertanya..


Sang Perempuan : Apakah buktinya wahai kekasihku??

Sang laki tanpa membuang masa mula mengeluarkan ayat2 cintanya....

Sang laki : wahai sayang ku, Demi cintamu, Lautan Api sanggup ku redahi....

sekali lagi sang perempuan senyum lalu meminta mancis dari sang laki...


Berkerut sang laki mendengar permintaan sang perempuan...

Tapi mancis yang dipinta sang perempuan tetap diberikan dengan rasa kehairanan...


Sang Perempuan: wahai sayangku, betulkah engkau sanggup redah lautan api demi cintaku?
Sang laki : benar sayang...


Tanpa musykil lagi, sang perempuan menyalakan batang mancisnya. Dan terus dekatkan pada tangan sang laki. 


Sang laki : PANAS.... Aduh.....sayang, apa sayang buat ni?? kenapa kau mahu membakar aku?? tidakkah kau sayang pada ku??


Muka sang perempuan terus masam mencuka....


Sang Perempuan : Kau penipu!!! Kau kata kau cintakan aku.. kau penipu!!!!!!!

Sang laki menggaru kepala.. Hairan dengan perlakuan kekasih hatinya


Sang laki: kenapa kau berkata begitu sayangku...


Sang Perempuan : kau cakap kau sanggup redah lautan api demi cintaku. ternyata kau penipu. Aku hanya baru mengujimu dengan batang mancis. kau sudah tidak sanggup mengharunginya.. Inikan pula lautan api.. kau Penipu...


Sang laki terkesima. Muka macam tahan berak... HEheheheh


P/s : betul ke lelaki yang sanggup redah lautan api demi kekasihnya?? :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails