hidup aku kini 22 tahun... pernahkah kita terfikir selama usia kita yang hanya diwakili oleh nombor benar2 bermakna?? adakah anda benar2 bahagia dan sentiasa mendapat apa yang anda impikan?? jawapannya senang sahaja.. mungkin ya dan mungkin tidak... jika kau diberi peluang, aku ingin memperbaiki masa2 lalu aku... masa lalu aku yang sentiasa terbuang dengan perkara sia2.
aku menghargai hidup aku sekarang... aku menghargai insan2 bersamaku sekarang... aku adalah aku yang sentiasa dalam dunia ciptaan aku... Ibu aku dan ayah aku... orang yang paling aku sayang walaupun aku sentiasa mengecewakannya. aku tahu mereka sedih bila aku terkasar dengan mereka. serius, aku bukan sengaja. benar2 tidak sengaja... aku harapkan mereka memaafi aku ats kesilapan aku selama ini. aku cuba ubah hidup aku. dan aku sentiasa mencuba. walaupun aku tidak menunjukkan reaksi sedih dan kesal dihadapan manusia lain termasuk ayah dan ibuku, tapi disebalik malam, air mata aku tak pernah berhenti.
aku tak akan menunjukkan perasaan sedih aku kepada orang lain. dan, jika ada yang melihat air mataku, biarkan aku sendirian. tidak perlu untuk memujukku..aku memerlukan masa untuk diriku memahami diri aku dan menenangkan diri aku... aku bukan tidak menghargai diri aku. aku cuma tidak mahu orang disekelilingku merasa kesedihan aku. kesdihan aku adalah milik aku dan kebahagiaan aku adalah milik semua orang. aku tak mahu orang lain bersedih sebagaimana diri aku..
hanya yang tertentu sahaja yang mengetahui diri aku yang sebenar2nya. aku kasar diluar, tapi dibenak hatiku, aku mudah tersentuh. bila orang merhargai aku. aku akan tersentuh. dan tidak akan pernah aku menunjukkan kepada yang lain tentang perasaan aku...
Aku sentiasa mengenangkan dosa2 aku. aku ingin menjadi bayi semula jika itu adalah peluang aku.. seorang bayi yang sentiasa suci... suci dari dosa2.... aku ingin semua itu... dosa... dunia sekarang penuh dengan dosa... pernahkah kita menangis di atas tikar sembahyang mengenangkan dosa2 lalu... ya.. aku hebat dalam mengalirkan air mata kerana seorang lelaki... malam ini aku terpanggil, adakah perlu semua itu lebih dari mengenangkan dosa2 ku...
ayat2 suci Al-quran kadang2 membuat air mata aku bergenang dikelopak mata aku... kerana aku tersentap dari lamunan aku. aku berasa aku semakin jauh dengan Tuhanku...Ya Allah ampunkan dosaku... aku hampir lupa kepadaMu saat aku dibelai kesibukan waktu... tiada ayat yang indah melainkan Ayat SuciMu... aku lalai dalam hidupku... aku hanyut dalam fantasi ciptaan aku sendiri. sampai terlupa akan diriMU...
aku berasa kerdil saat aisa anak buahku mengalunkan doa2 yang meniti dibibirnya... sedangkan aku alpa dalam dunia aku... sedangkan dia mampu menghafal pelbagai ayat walaupun sedikit tersasul. sekurang2nya dia mampu menghafal diusia setahun jagung. Adakah Tuhan menarik hidayahNya daripada aku?? kadang2 aku terfikir bila aku rasa hilang, sunyi, jauh......... jauh dari dunia aku. adakah tuhan sudah menarik hidayahNya daripadaku..........
aku selalu merasakan esok adalah hari terakhir buatku... jika esok adalah terakhir buatku, aku redha... tetapi jika aku bernafas, aku tahu tuhan mahu memberi peluang kepadaku untuk bertaubat dang mengingatiNya selalu.... Ya Allah, janganlah engkau memesongkan aku... aku tahu ujianmu untuk aku mahu menguji keimananku kepadaMu... Tapi kadang2 aku lalai... lupa dan terlalu taksub dengan kegembiraan pinjamanMU... YA ALLAH, Permudahkanlah aku hidup di duniaMu serta AkhiratMU...
(T_T)
sedih sendiri mengenangkan diri sendiri
0 comments:
Post a Comment