Followers

Tuesday, December 4, 2012

Kerdipan mula muncul dalam hidup saya!

assalamualaikum and hi...

semalam bukan main lagi cakap orang putih bagai. bukan apa, sebab nak practice  english aku ni. yela. bila nak kerja nanti senang. takde la asyik urmmm, ermmm, hurrrm, ekkkk lagi kan3x? tapi nak buat macam mana, kita bukannya dilahirkan terus dengan mata biru atau lahir dalam keluarga ala-ala mata biru (maksud aku family yang selalu dok cakap omputeh tu). hehehe. bersyukur. jangan asyik down or cakap tak pandai. tak pandai kenala belajo! ye ke idok? maklum la kadang-kadang, budak umur 5 tahun lagi fasih cakap omputeh kan. (T_T)

yes, paper aku 95% dah nak siap. tapi berdebar2 nih. reject lebih tinggi dari accepted. cabaran namanya. hari-hari aku penuh dengan shiny2 sekarang.  sebab apa? sebab aku makan INNERSHINE...(mak jemah ni pon... menunjuk ke?) Ops, jangan marah ye, maksudnya hidup aku hidup aku sekarang lebih teratur dan dipermudahkan. itula. shiny2 
gitu. 


 makanla innershine macam saya! 
(ape aku makan si luya gemok ni nak makan, balance2 innershine aku makan, aku tambah air sket, bagi die. dia suke!)

 dah berbotol2 aku minum. Alhamdulillah, perut ok, kulit pun dah makin ok, almaklumla, jerawat mengganas... hehehehe. serius best, dan jerawat macam segan-segan nak naik

dia ni sejak minum innershine, xpernah naik jerawat!
 (hak3x... ops, dia memang xberjerawat. cuma berbulu2. arnab aku yang seronok duk kampung sekarang!)

ni aku yang sekarang. dulu teruk. haha, kalau setakat nak tunjuk gambo, guna application camera 360 tu pon boleh jadi flawless gitu. ala-ala korea gitu. hehehe... tapi, alhamdulillah... xdela cun, okey2 saje kulit aku. ade parut2 yang perlu aku haposkan!


dah2, cakap pasal kulit plak. hehe. sambong cerita. aku mengaku, tahun ni, aku paling banyak melawan, gaduh, nangis, dan marah orang. dekat giant, jusco, domino,bank dan mana-mana tempat termasuk balai polis (ni kes aku nak bayar saman, tapi 2 kali aku gi nak bayar, asyik down je system dia. sape tak hangin kan?). nak buat macam mana, cabaran dan dugaan aku terima sepanjang tahun ni memang hebat, dan membuatkan aku jadi seorang yang tough dan redha dan penuh kesabaran dan juga keimanan! (ehem2, yang ni belum cukup tinggi lagi). dulu kalau aku kena marah tanpa sebab, bukan salah aku, aku terima je dengan redha. tapi sekarang, aku argue balik. dan itulah aku sekarang. tak puas hati terus cakap depan. tapi adalah dengan 2 3 orang aku tak buat gitu... garang tau! meow3x grrrrrrr... aum3x

buat masa sekarang ni, apa yang aku buat berjalan lancar. ape orang puteh cakap tu.. flow2. hahaha. kui3x... yela, punya la aku happy, pergi bank hari ni, semua berjalan lancar dan tak ada masalah, dan boleh gelak2 ngan akak tu lagi..! pergh rasa bahagia. yela sebelom ni penah kena marah.. hehe maklumla dia penat(macam dia sorang je penat kan3x?). aku harap kerdipan ni akan sentiasa bersinar. xnak malap2 ala2 mentol nak terbakor.. tapi takpe, aku bersedia dengan segala kemungkinan. :)


p/s : jangan pernah takot kita silap sebelum bertanya. dan jangan pernah cakap kita sentiasa betol. jangan pernah biar hidup kita tanpa arah tujuan. jangan pernah rasa Allah tak sukakan kita. jangan pernah kata aku tak boleh buat. jangan pernah hindar kata-kata negatif dari orang lain. lawan! lawan! lawan! lawan! kau boleh!!!!



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails