Followers

Friday, December 7, 2012

Aku menangis kerana karipap

assalamualaikum and hi!

hmm, kali ni aku nak cerita pasal karipap. ni bukanlah cerita karipap2 cinta, tapi kerana 5 bijik karipap, air mata aku jatuh. 2 hari lepas, aku pergi beli makanan dalam pukul 3.30 petang. aku tak pergi lab hari tu semata-mata nak buat paper yang aku cakap hari tu. dah siap and dah submit kat supervisor aku. ok, menu aku hari tu, aku beli nasik ayam berempah area pulai. kedai dia nama noni. bebudak UTM mesti tahu. kalau tak tahu, nak buat macam mana kan? boleh tahan "femes"la jugak.

masa aku bersiap2 kat bilik nak pergi beli makanan, aku tak tahu kenapa aku rasa nak bagi makanan kat aunty and amoi cleaner kat blog aku ni. dia buat kerja bagus sangat. tak pernah mengeluh, tak pernah marah dan redha buat kerja dengan ikhlas. sangat baik, selalu senyum. aku teringin sangat nak bagi diorang goreng pisang ke, karipap ke, ape2 kuihla. kebetulan hari hujan.

then, lepas beli nasi ayam berempah, aku singgah kat gerai tepi jalan. dia ada jual goreng pisang, karipap dan ada lagi la goreng-goreng yang lain. so, aku beli karipap RM2=6 biji. nak beli goreng pisang, macam tak best je, sebab tinggal ape je sangat. so, aku decide beli karipap. tapi aku makan satu sebab nak rasa. boleh tahanla, sedapla jugak. then tinggalla 5 bijik karipap.nak beli banyak sangat, aku takut aunty n amoi tu da balik, sebab dah nak pukul 4. aku sampai hostel, aku terus cari aunty n amoi. nasib baik ada. aku terus bagi. aku cakap " aunty, amoi, saya ada belikan karipap untuk kamu..." dorang senyum lebar. aku tak sangka aku boleh tengok muka dorang sangat happy. aku bagi kat aunty. "terima kasih, terima kasih...." dengan nada yang penuh rasa gembira dan menghargai. 

"adik sudah makan?" sambil dia nak bagi karipap yang aku bagi. aku tersentuh, sebak time tu jugak. aku tak sangka sebab karipap, aunty tu sangat2 happy. "xpe aunty, saya dah ada makanan". xsampai hati plak nak cakap apa aku nak makan. sedih... dia pegang plastik karipap tu dengan penuh rasa gembira (aku tak tahu macam mana nak cakap, dia menghargaila). aku masuk lif, lepas aku cakap, "aunty n amoi makanla" then, masa pintu lif tertutup, aku sempat lagi intai aunty n amoi tadi. aku nampak aunty tu pegang erat karipap tu. serius aku sebak! aku nangis dalam lif. sampai ke bilik, aku nangis. sambil makan nasik, aku nangis. bunyinya macam poyo. tapi itu hati aku..

kadang-kadang aku terfikir, selama ni aku makan best2, orang lain makan apa je. aku susah, ada lagi yang susah dari aku, aku dapat makan itu ini, mereka2 dapat makan apa? kalau makan tak habis, lagila... sedih..  sedih.. aku harap lepas ni, kalau sesape makan, tolonglah habiskan. kalau tak sedap ke, cuba la habiskan. kesian tau orang yang tak dapat makan. :(

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails