Followers

Friday, March 2, 2012

.........



"PAK LONG" IS ANNOYING 



Sunday, January 8, 2012

Kebaikan bahan masakan (rempah ratus) untuk manusia

assalamualaikum. n happy sunday! (tetibe je tulis ayat cenggini kan?)

okeh, last update was september 2011. what? september 2011????? 
hahaha, busy, busy, busy, busy, busy and busy...
okeh, hari ni nak bagi info pasal rempah ratus untuk kita.
ye... hari-hari kita makan rempah ratus ni, tapi xde la nak kunyah owh telan sebijik2 macam kacang.(tapi ade je kan yang buat...erkkkk!
ye ke idok? entahlah labu... 
aku pun xleh nak bezakan sangat mana rempah ratus, mana jenis sayuran time masak. janganla attack aku noh.. hahahahhaa bawang tu sayoq ka rempah ratus ka? ke buah? erk! ntah...

ramuan-ramuannya :

Bawang Putih


menurut blog ini, bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin B1 dan vitamin C di samping beberapa jenis enzim. Dan apa yang penting, bawang putih ni mampu mencegah dan melawan kanser. yela kan, orang cakap kan bawang putuh tu bucuk  wangi, kanser pon xleh lawanla gamaknya. he he he. humor aje ok! janganla serius2. ditambah lagi, kesan bawang putih terhadap enzim metabolisma bertindak sebagai antioksida (siapa2 nak kulit sentiasa muda, kunyahla bawang putih hari2.. erkkk!) dan pencegah tumor.Bawang putih membantu menurunkan kadar lemak darah, mengurangi risiko sakit jantung, menurunkan hipertensi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membaiki sistem pencernaan. (bawang putih boleh kurus tau!!)


Bawang Merah

mengikut kata2 dari blog ini, bawang putih ni boleh lawan bakteria, virus, radang, cegah kanser, sesak nafas dan juga demam.. untuk demam, telan la 2 bijik 3 kali sehari, (kih3x... jangan tiru plak!) hahahah. selain itu, bawang merah boleh hilangkan rasa gatal digigit serangga. oles2kan pada kulit gitu cik jah oiii... jenis gatal merenyam tu, ambik kulik durian, pastu oles2kan kat kulit. kekdahnya menjadi, share2 la ye. kah3x.


Halba

blog arrazi cakap, halba ni pernah digunakan oleh Hippocrates sebagai ubat. dan tertua didunia plak tuh. okeh. kalau korang tak tahu halba tu apa, biasanya orang terengganu dan kelantan yang banyak guna terutama dalam nasi dagang. tapi sekarang ni, dah ramai orang letak dalam nasik lemak. bau dia lagi harum dan aku suka! hoho... halba mengawal kencing manis dan menguatkan jantung serta mampu membantu mencairkan kahak,melegakan sakit kepala/migraine, menyembuhkan buasir, radang kulit dan Bisul, mengawal Anemia serta bertindak sebagai pencuci perut. banyak lagi khasiat dia, korang tengok kat link blog ye...

dari artikel ini banyak yang diterangkan pasal rempah ratus ni dan juga makanan yang kita makan seharian. cubela check.. nak kena tepek satu2 jenuh ambe. nak copy n paste bulat2 takot plak. hahahahaha... takpe, hormati hak orang lain hokek! atleast nak kopipes bulat2 letakla link penulis tu... 

p/s : malas nak tepek gambo!  tenet laju sangat! sikit2 dulu ye. ade kerja nak buat ni ha.. The Proposal tak siap2 lagi. sob3x. tapi aku ada rabbit sekarang! Aluya dan Abuya. ade orang hadiahkan! teeeetttt.. nanti2 la kalau ada masa, aku cerita2 hokek!..(ntah berapa bulan kemudiannla aku update gamaknya)hehehehe


Thursday, September 1, 2011

hi blogwalkers

assalamualaikum n hi. :)

belum terlambat lagi kan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN



okeh, dikesempatan ini, aku nak mintak maaf bebanyakla ye.
takot ade tercubit, tercuit atau ter3x yang telah aku buat.
aku manusia biasa je kot. he he.
zahir boleh nampak kan. 
batin manala tahu.
yela, kadang2 kite xrasa kite buat salah.
contoh :
mungkin masa kita melontarkan sesuatu dari bibir,
kita rasa kita lembut je..
tapi orang kata kita garang,
kurang ajar,
bengis,
entah apa2,
buat orang terkezutt lalu terluka.

so, mintak maaf jela. n cuba berubah.
hanya orang yang sihat pemikirannya yang mahu yang terbaik
dan jugak cuba memperbaiki diri.
ye ke idok?
kalau tak boleh terima kelemahan diri n rasa diri sentiasa betol,
hhhhhmmmm... cakap macam ni kat diri sendiri..

"ya! aku memang seorang yang bersikap ______"
isi sendiri tempat kosong tu.

okeh, selamat hari raya maaf zahir dan batin.

p/s : dear blogwalker, saya sangat gembira dan teruja apabila melihat anda drop msg n berkata positif tentang blog saya. saya harap anda jujur. sebab ayat2 anda mampu buat saya berasa siihat (senyummm). tapi sayangnya, bila saya klik link anda. entry xde, tapi iklan. :( hormon saya terus bertebaran. macam mana saya nak senyum... huuuu tinggalkan link yang senang dan mudah untuk saya reply... :))) kejujuran itu penting, tak perlu nak sedapkan hati orang dengan janji atau ayat manis.... ape pon, thanks sebab sudi jugak singgah..

salam syawal dari saya... meeya

Wednesday, August 17, 2011

Orang cakap puasa Boleh kurus!

asslamualaikum. n hi

P.U.A.S.A = K.U.R.U.S

he he, sape yang dah kurus di bulan ramadhan ni, 
sila angkat tangan (kalau ade bulu ketiak, jangan angkat!) 
 ade ke yang dah kurus? dah turun berapa?
ape pasal aku tak kurus pon?

ape pasal?
ape pasal?
ape pasal?

aku pon tak tahu. berat aku flat je. xbergerak.
sama je. makan dah sikit dah. turunla 100 gram agaknye. he he  
hoho. tension gak kekadang.

(gambar takde motip : aku pon tak tahu nape aku upload gambar neh) 
 goyang! tengok, kepala upin lagi besar dari aku tau!
ko ade? xde kan.... yang hadoooo. 

ok2. berat aku memang berat. sebab berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
hoho. tengokla header aku, tu gambar paling latest. pakai baju biru.
haaaaa, kurus kan!!! ha ha ha perasan! masuk longkang nanti weh!


 yang makan aiskrim tu confirmla bukan aku kan.. he he he

chubby sket je, bukan banyak poooonnn..(sedapkan hati sendiri)  
 he he he. yang penting kita happy.
aku boleh nak kurus dengan cepat. n terbukti dah pon
hari tu aku xmakan langsung selama 2 hari, just minom air masak je,
berat turun dengan drastic sebanyak 5 kg. korang caya x? aku pon xcaya. tapi tu adalah kenyataan. lepas 2 hari aku tak makan, aku siap makan sup ayam je lepas tu. memang turun. pastu.... haram.... dia naik balik lepas aku mulakan makan macam biasa. he he he. senang turun, senang naik! he he.

bulan puasa dah makan sikit (yela... sikitla sangat), tapi tak turun2 jugak. cemana??? aiyyyooooo xmenjadila bulan puasa ni. xpe2. forward ke tahun depan. kurus di bulan ramadhan... insyaAllah..

bye2.ade kerja. jaa dah mesej2 dah. 
   

Tuesday, August 16, 2011

No Mood At all

assalamualaikom!. n hi.

hari mood xde sangat. nak buat pape pon rasa macam berat je.
bukan setakat berat mata memandang. tapi berat lagi berat badan aku ni.
wakakakakakakaka.

aku malas nak cakap pape. sebab aku kena taip je entry ni. 
xperloooo cakap kan

hari ni, pepagi lagi walaupon pukul 8 pagi 10 pagi, 
aku drive pergi fakulti mekanikal. (typo error??? ntah, malas nak pikir)
aku cari bilik XRD (x-ray diffraction) ..Cik meeya, pekebende tuh?.. 
ala.... XRD tu tempat men jongkang jongkit... kih3x.. XRD tu adelah satu test untuk characterize bahan. titik. kang cerita banyak2, pening, korang tension plak, sebab aku sendiri pon xpaham sangat. (ehem2. bolehla sikit2)

sambung cerita balik, aku pergi situ, aku xtahu bilik dia kat mana, nak cakap ngan sape. yang aku tengok, dekat depan pintu bilik2 yang ada kat situ, ade tanda "bahan radioaktif je banyak" hoh. amende semua ni? aku kena hadapi semua kenyataan. hik3x..pastu, aku tanya sorang lelaki kat situ, sebab orang tu je aku jumpe. tempat tu sunyi habes! takot!. scary2 gitu. ha ha. aku tanya kat mana bilik tu. dia cakap tak tahu. pastu ade la sorang lagi budak lalu. dia pon tunjukkan bilik tu. he he. "buto rupenye aku!! padahal, depan2 jek bilik tu! dah terang2 tulih XRD". then, aku masuk, xdek orang. aiiiiiiyyyoooo person in charge pergi mana ntah. xkan makan kot bulan2 pose. ha ha ha. melawak pulak aku eh.

then, aku berlalu pergi meninggalkan bangunan yang seakan2 abandon hall tuh, aku gi servis kereta aku. kecian dia, tak servis2 agi. dah servis dah. pasnih leh la race. ye ke dop? ha ha. lepas servis, aku gi rainbow. aku parking area2 depan kedai tu. sekali aku nampak orang majlis perbandaran johor duk sibuk menyaman2 kereta2 degil yang xnak letak kupon parking tuh. aku dah on da way berjalan ke kedai, tapi bila nampak, aku pergi kat kete, terus drive n sempat tawaf 2 kali bangunan kedai tu. 
"agak2 aku ni macam suspek penjenayah x buat macam tu?" 


ade aku kesah?? janji aku xkena saman. hoho. lepas tawaf 2 kali, aku berjaya parking n pergi kedai tu tanpa kena saman. hoh, xde keje aku nak bayar saman2 neh. he he. then, bila da abes hal aku kat kedai tu, aku pon pergi balik ke fakulti mekanikal tu dengan penoh harapan. tapi orangnya tiada... hampa...

aku, dengan penoh harapan berkobar2 lagi, aku call number phone orang tersebut. tak angkat. dengan perasaan penuh hampa, serta tidak berbelah bagi, aku terus mengangkat kaki, menuju ke fakulti aku a.k.a tempat aku berkerja yang diberi nama fakulti kej. kimia. he he he he... masa aku sampai je, aku tgk phone, takot2 my cayang ade balas mesej, akan tetapi, ade miskol dari orang yang aku call tadi. hoho

aku pon, call ar balik...
"hellooo, assalamualaikum. ni en A ye..."
"ye, saya ni..."
"erm... saya ade pergi lab encik tadi. tapi encik xde. saya nak hantar sample untuk XRD"
"owh..... Jantung XRD baru je mati pagi tadi... " keciwa lagi  
"la, yeke... kalau macam tu bila boleh buat???"
"5, 6 bulan lagi baru boleh. ha ha ha... betol2 pagi tadi baru jantung dia berhenti"
"owh, xpela macam tu...nak buat macam mana, dah nak mati. he he he."  

note : jantung bermaksud, mesin tu dah kehabisan "sesuatu" (aku xtahu nama dia)

kekeciwaan itu berlarutan sehinggalah, gambar2 berikut berjaya ditangkap! ha ha ha 

buruk betol! keciwaaaa

tertekan 

 pasrah...

hasil dari kebosanan dan tiada mood. aku berjaya menghasilkan karangan ini! syabas!. ha ha ha...

dari yang xberapa nak betul
.meeya.

gaya.mutu.keunggulan. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails