Followers

Tuesday, January 22, 2013

Bersyukur dengan apa yang ada

assalamualaikum. 

detik ini 1.03 pagi. kelopak mataku masih lagi bertenaga. enggan jatuh. enggan mengalah. masih segar. dalam kedinginan malam ini, terngiang-ngiang di kepala ku tentang aunty cleaner dan cucunya. 6.30 pagi 8 januari lalu, aku memacu laju keretaku di lerengan jalan kearah Pulai dari kolej. di tengah perjalanan, aku nampak aunty dan cucunya gigih berjalan menuju ke destinasinya iaitu kolej aku. jika rumahnya berdekatan Pulai sekalipun, jauhnya tidak terkira bagiku jika menggunakan keupayaan kaki semata. apatah lagi berusia sepertinya. air mata aku bergenang... kenapa? di fikiran aku terdetik, "Amirah, hidup kamu jauh lebih senang dari mereka, kenapa mengeluh. kamu penat? jika kamu penat, mereka? mereka pernah mengeluh dengan nasib mereka?" persoalan itu bermain dibenakku.. hari-hari ku sarat dengan sketsa kehidupan dunia yang entah bila penamatnya. ya, mati itu pasti, tapi tarikhnya tidakla diketahui. sambil tanganku lembut memegang stereng kereta kecilku, air mataku gugur.. hatiku kian tersentuh. namun, aku gagahi semangatku, untuk sampai ke tempat kerja ku ditemani airmata. tiba di destinasi, aku cuba menenangkan hati aku yang gundah. masih lagi mempunyai sisa air mata. aku pegun didalam keretaku meredakan jiwaku. tiba-tiba, aku teringatkan ibu dan bapaku dikampung.. mataku bergenang.. oh, dugaan apakah ini. aku. aku. aku. aku. aku. aku...... tak pernah menanggung ibu bapaku. tak pernah memberikan mereka duit belanja. sekadar rm50 atau rm100, itupun jarang-jarang. ya, mereka memahami situasiku. aku masih belajar. kereta kecilku itu masih dibayar oleh ayahku.. aku hidup didunia ini 25 tahun. apa yang aku dapat berikan kepada mereka? belum ada... sekarang aku kerja sambil belajar untuk menampung kehidupanku. sekurang-kurangnya aku tidak menyusahkan mereka kan. penat, perit, cabaran dan dugaan semasa belajar tidak terkira. aku akur dengan ketentuan tuhan. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. aku pernah menangis kerana tidak tahan dengan dugaan. aku pernah menangis kerana sakit. aku pernah menangis kerana gembira. aku pernah menangis kerana bersyukur. dan aku pernah menangis tatkala melihat kegembiraan orang lain. aku pasrah dengan ketentuan tuhan. aku bersyukur, dalam banyak dugaan, cabaran, kesusahan, keperitan yang aku lalui, Allah tak pernah lupa mengurniakan aku KETENANGAN. aku bersyukur. bersyukur.. Alhamdulillah. hidup aku sekarang lebih tenang, lebih indah, dan dipermudahkan. Alhamdulillah.. 


aku masih menuggu gaji pertamaku untuk diberikan kepada ibu bapaku. ya, gajiku tidaklah banyak, tapi itu niat aku. jika mereka tidak mahu menerimanya, akan kuberkan jua untuk membayar duit ansuran kereta sekurang-kurangnya...sujud syukur.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails