Followers

Tuesday, January 22, 2013

Bersyukur dengan apa yang ada

assalamualaikum. 

detik ini 1.03 pagi. kelopak mataku masih lagi bertenaga. enggan jatuh. enggan mengalah. masih segar. dalam kedinginan malam ini, terngiang-ngiang di kepala ku tentang aunty cleaner dan cucunya. 6.30 pagi 8 januari lalu, aku memacu laju keretaku di lerengan jalan kearah Pulai dari kolej. di tengah perjalanan, aku nampak aunty dan cucunya gigih berjalan menuju ke destinasinya iaitu kolej aku. jika rumahnya berdekatan Pulai sekalipun, jauhnya tidak terkira bagiku jika menggunakan keupayaan kaki semata. apatah lagi berusia sepertinya. air mata aku bergenang... kenapa? di fikiran aku terdetik, "Amirah, hidup kamu jauh lebih senang dari mereka, kenapa mengeluh. kamu penat? jika kamu penat, mereka? mereka pernah mengeluh dengan nasib mereka?" persoalan itu bermain dibenakku.. hari-hari ku sarat dengan sketsa kehidupan dunia yang entah bila penamatnya. ya, mati itu pasti, tapi tarikhnya tidakla diketahui. sambil tanganku lembut memegang stereng kereta kecilku, air mataku gugur.. hatiku kian tersentuh. namun, aku gagahi semangatku, untuk sampai ke tempat kerja ku ditemani airmata. tiba di destinasi, aku cuba menenangkan hati aku yang gundah. masih lagi mempunyai sisa air mata. aku pegun didalam keretaku meredakan jiwaku. tiba-tiba, aku teringatkan ibu dan bapaku dikampung.. mataku bergenang.. oh, dugaan apakah ini. aku. aku. aku. aku. aku. aku...... tak pernah menanggung ibu bapaku. tak pernah memberikan mereka duit belanja. sekadar rm50 atau rm100, itupun jarang-jarang. ya, mereka memahami situasiku. aku masih belajar. kereta kecilku itu masih dibayar oleh ayahku.. aku hidup didunia ini 25 tahun. apa yang aku dapat berikan kepada mereka? belum ada... sekarang aku kerja sambil belajar untuk menampung kehidupanku. sekurang-kurangnya aku tidak menyusahkan mereka kan. penat, perit, cabaran dan dugaan semasa belajar tidak terkira. aku akur dengan ketentuan tuhan. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. aku pernah menangis kerana tidak tahan dengan dugaan. aku pernah menangis kerana sakit. aku pernah menangis kerana gembira. aku pernah menangis kerana bersyukur. dan aku pernah menangis tatkala melihat kegembiraan orang lain. aku pasrah dengan ketentuan tuhan. aku bersyukur, dalam banyak dugaan, cabaran, kesusahan, keperitan yang aku lalui, Allah tak pernah lupa mengurniakan aku KETENANGAN. aku bersyukur. bersyukur.. Alhamdulillah. hidup aku sekarang lebih tenang, lebih indah, dan dipermudahkan. Alhamdulillah.. 


aku masih menuggu gaji pertamaku untuk diberikan kepada ibu bapaku. ya, gajiku tidaklah banyak, tapi itu niat aku. jika mereka tidak mahu menerimanya, akan kuberkan jua untuk membayar duit ansuran kereta sekurang-kurangnya...sujud syukur.

Saturday, January 12, 2013

Aunty Cleaner

assalamualaikum dan hi...

permulaan tahun 2013 amat baik sekali, segalanya Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar persis kelajuan cahaya apabila bukak lampu, (buweeeekkk). Alhamdulillah, permulaan baru dan ok2 saja (syukur..). kali ni aku nak cerita pasal aunty cleaner dekat blok aku ni. yes! servis terbaik dan aunty cleaner (aunty tak aunty sangatla, tengok gaya macam 50-60 tahun dah) dan cucunya (maybe) sangat ikhlas dalam membuat pekerjaannya. 

wah, aku memang touching gila bila tengok dorang. sejak2 aku belikan karipap kat diorang hari tu, dorang dah cam aku, dan setiap kali jumpa, mesti lambai dengan penuh keberiaan (perkataan apakah ini?). aku balik kerja pukul 7 pagi (sebab shift malam, aku buat part time kat company teet teet teet), dorang nampak aku, terus diorang sapa.

cucu : baru balik ke? (muka dia, terkejut ada, xleh nak cakap la macam mana, korang nampak tak bayangan dalam kepala aku ni... haaa macam tu la reaksi dia...hahaha)
aku : ha'ah, baru balik. saya kerja malam.
aunty : baru balik aaa.. penat lo.. pigi naik, tido, pigi tido... 
aku : ok2 aunty
aunty : pigi naik tido.. tido.. (beria suruh aku tido, means rehatla kan)
aku : baik aunty, saya naik dulu ye (lif dah bukak da.. naik la.)

wah, tenang hati aku bila rasa macam ada orang take care. yela, berbuat baik sesama manusia, apatah lagi ngan aunty yang ikhlas yang hidup sentiasa redha (walaupon dia cina, aku cakap dia redha je la kan, senang, dah tu nak tulis ape pulak kan..). aku nak belanja dorang makan la nanti. nak bagi ape ye. kuih lagi ke eh? kesian dorang, makan minum mungkin xpenah makan apa yang aku makan (maksud,aku, macam kfc ke, secret recipe ke, pizza ke...)  dahla ikhlas buat kerja, apa salahnya aku reward something kat diorang kan? insyaAllah suatu hari nanti.

p/s : berbuat baik, jangan kisahkan apa agama dorang, bangsa diorang. sebaliknya, mereka adalah makhluk Allah juga, cuma tak dilahirkan dalam keluarga islam. kalau kita orang islam tak dilahirkan dalam keluarga islam, mungkin kita seperti mereka juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails