lame dah x update belog nih. he he he. sorry. bila tengok kat chat box, macam ramai yang datang singgah (ayat cam perasan je) he he, bukan ape, dah lama sangat tak update, tapi, still ada orang datang jenguk kite. ye ke idak? ha ha ha
ok2. firstly, aku da masuk stage "baru" dalam hidop aku. ha ha tapi bukan "alam rumah tangga" atau "alam kubur" (alam kubur pon aku leh buat main kan? astarfirullah, mintak maaf. tersasul). hmm dulu aku student berstatus "bachelor". sekararang da tukar. aku student selepas bachelor a.k.a. master. dah 2 minggu aku start jadi pengkaji sejarah zaman purba atau bahasa inggerisnye researcher. ha ha. macam gempak je. he he.
actually aku sambung study peringkat master by research. secara automatiknya dinamakan sebagai researcher. walau bagaimanapun, aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan sama seperti hati2 manusia yang lain2. (ayat cam gedik je.) he he he.
setakat ni, macam ok2 je. setakat ni paling teruk aku buat kerja, kena potong getah ENR50. wa cakap lu, badan ni sakit selama 2 hari dan masih berbaki sikit2 sehingga hari ni. ENR50 ni getah sintetik yang sangat kuat. he he he. research aku plak pasal nanocomposite. pasal getah ni la. pastu campurla dengan bahan laen sikit. ha ha ha. tak payahla cerita, nanti korang cakap den poyo. he he.
ok. da panjang ke belom ni? haiyyaaa. aku harap JOZAN atau SEPAH jadi juara maharaja lawak. kih3x
sebab, percintaan masih boleh berpisah. tetapi kawan tidak
(kata2 dari filem stairway to heaven.. (kalau aku xsilap))
okay!, aku rasa rindula kat kawan2. ye la, dah habes belajar kan?
so, masing2 bertungkus lumus mencari kerja.
ada jugak antara member2 aku, sambung belajar macam aku.
dulu buat ijazah sarjana muda, sekarang sambung belajar buat ijazah sarjana.
yela, dah tua, yang muda kena buang. keh3x
aku nak share serba sedikit gambar masa study degree dulu.he he he he
*bersih2 mold*
dihari raya cina, bagila limau (bukan aku punyer pon)
dinner 2011, prim nite. me in red
ice skating di window of the world shenzen, china
punyela jauh aku nak ice scating. sampai china!. hahaha serius best, fist time aku maen benda ni, and aku jatuh banyak kali dan sungguh sejuk. bayaran dia 10 ke 20 yuan. xhengat. no time limit, kalau orang nak tutup kedai tu, paham2 la yek.
ni masa kat guangzhou china. universiti ape ntah. lupe
ok, aku gi ke negara orang ni pun sebab buat program kat sana. global outreach program. nak abgi student2 global. macam tula. he he he. so, buatla program macam ni. masa ni guangzhou tengah busy dengan baru habes asian game ke ape ntah. pastu dengan paralimpik game tu. so, dorang semua bz, xleh layan kitorang sangat. so, kitorang berjalan2 la menikmati keindahan negara orang. masa tu musin sejuk. sejuk memang xleh blah. bila hujan, lagi sejuk!. thanx to all my friend. dapat jugak kita pergi ke china wlaupun macam2 halangan ada... huuu
we hold hand together. laki sama laki. pempuan sama pempuan.
hahaha, kawan2 aku neh!
at kitchen indus in shenzen. ngantuk3x!
zalina n me
kepoyoaan tahap gaban. sampai senget2 shawl aku!
bbq at desaru
aku dan otak2
aku agak gemok disitu!
we shared all together
adesh! aku nampak gemok lagi!
aku n jaa, manje2 gitu
dekat muzium in guangzhou china
okeh, i hope all of my friends dapat kerja n happy2 selalu.
:)
p/s : ahmad shamizan, saya rindu awak! he he he. nanti saya buat entry pasal kite pulak eh.
haish... aku baru je lepas dengar lagu "mona fendi"
serius. berdiri bulu roma aku.
hehehe. aku pon xtahu nape.
aku nak search lagu "hujan air mata" oleh Siti Musliha.
then, da jumpa. wah.. lagu ni betol2 menyucuk2 batinku.
rasa macam hiba dan simpati
dengan nasibnya yang macam tu.
aku bersyukur walaupon aku cantek sgt xcantik,
tapi aku masih ada pancaindera yang sempurna.
yela, kelebihan setiap manusia tu ada.
yela, macam siti musliha, dia sangat tabah ok.!
ni ha video dia kat youtube yang aku jumpa.
aku cari yang dia nyanyi live punye, tapi xde. :(
ok, aku bangga dengan siti musliha ni tau.
walaupun xsempurna, tapi dia tetap tabah.
dan still lagi bersemangat nak teruskan hidup
and still berharap tuhan pulihkan dia.
"Siti Musliha, awak jangan risau, mungkin awak xdpt kesempurnaa di dunia, tapi awak mungkin dapat kesempurnaan diakhirat. kesempurnaan itu yang kita cari sebenarnya"
hmm. ok, tentang mona fendi tu plak. lagu "ratapan anak"..
perghhhhhhhh gila2 seram. adesh.
bila2 mula2 video dia, kuar gambar muka dia,
aku dah terkejut da. sebab senyuman dia "creepy gila"
(haish... xbekkan cakap macam tu)
then, sebab nak dengar jugak lagu dia,
aku tak tgk video dia.
so, aku tak tahula video tu mcm mana.
aku scroll down baca komen2 kat youtube tentang video dia.
adesh. semua duk cakap seram.
hohohohoho..then, xsampai seminit aku dengar lagu tu tanpa tengok video dia. aku terus tutup atau dengan kata lain pangkah terus. xsanggup nak dengar. takot tak tido plak aku malam ni.
dulu aku ada baca gak pasal cerita mona fendi ni dari awal sampai akhir.
tapi, makin baca, makin aku tak paham.
cerita dia adalah berdasarkan keterangan2 dalam mahkamah.
dengan kata lain, semua cerita yang ditaip tu,
adalah oleh seorang wartawan ke apa ntah,
yang ditugaskan untuk merekodkan segala hal perbicaraan.
dari A to Z.
serius detail giler.
ade kat satu blog tulis citer tuh.
tapi aku dah lupe nama blog tu.
kalau korang nak tahu, tanyala pakcik goggle.
tapi, kalau ikotkan akal yang waras aku ni,
cerita tu macam buat aku rasa:
beginning : mona fendi n suaminya bersalah
dah nak akhir : pembantu dia yang bersalah
ending : aku terus xpaham. aku confius hehehe
(tapi kalau ikotkan dalam cerita tu, mona fendi cakap macam dia tak bersalah, tapi tak tahula. hukuman dah dijatuhkan. apa boleh buat.. itu antara dia dan Tuhan je yang tahu..kalau dia salah, dia dah terima balasan kat dunia, yang kita2 ni buat jahat tapi xterima balasan lagi, kat akhirat sana baru nak kena.. takot3x.)
p/s : korang jadilah macam siti musliha. hmmm. kalau nak dengar lagu mona fendi tu, korang carikla sendiri. aku bukan ape, aku takot nanti aku dah xnak bukak blog aku ni lagi. sebab takot tengok muka dia. huuuu. xsanggup aku nak attach video kat sini. nanti aku xleh berblog plak.