assalamualaikum n helloo...
dear all my good friends! dear bloggers! currently i'm jobless. got what i meant? jobless. resign proudly from chemist in J.B and jobless. why?? ''aku yang dulu memang bukan yang sekarang". status changed! i'm a wife.. yes.. a wife to somebody. 'I've got a guard! A man! yeah, i'm a housewife.. blufffffiiingggg!!
October 19th, at noon, everything has changed. no more single status. after a long time relationship "couple?" hihihihihihihi.... tied with the wedding knot. everything changed!!! the most unforgettable moment. (closing my eyes, and remembering all the thing.. it just unforgettable. My man had me in his life and i had him in my life.
happy with my life. live under one roof with parents in law, everything just nice. before this i've got 1 kakak and 2 brothers and also 1 adik, and 4 anak2 saudara. now, i owned 2 new kakak, 2 new brothers but no adikla in here. (my man is the youngest one la. and me as cik su here.. he he he). got 10 new anak saudara also. and In Shaaa Allah, this family adding one more member. :) Aminnnnnnn pray for me.
aiyyooo already sleepy meh.. going to stop now. ergghhhhh just sleepy... bye2.. sharing the picture next time xoxo. love.. mata perang
P/s : marilah kita doakan semuanya selamat... buat mangsa2 banjir, bertabahlah, Allah menguji kita untuk kita mengingatiNYA.. doakan untuk mereka. semoga semuanya selamat aminnnn
Followers
Monday, December 9, 2013
Tuesday, January 22, 2013
Bersyukur dengan apa yang ada
assalamualaikum.
detik ini 1.03 pagi. kelopak mataku masih lagi bertenaga. enggan jatuh. enggan mengalah. masih segar. dalam kedinginan malam ini, terngiang-ngiang di kepala ku tentang aunty cleaner dan cucunya. 6.30 pagi 8 januari lalu, aku memacu laju keretaku di lerengan jalan kearah Pulai dari kolej. di tengah perjalanan, aku nampak aunty dan cucunya gigih berjalan menuju ke destinasinya iaitu kolej aku. jika rumahnya berdekatan Pulai sekalipun, jauhnya tidak terkira bagiku jika menggunakan keupayaan kaki semata. apatah lagi berusia sepertinya. air mata aku bergenang... kenapa? di fikiran aku terdetik, "Amirah, hidup kamu jauh lebih senang dari mereka, kenapa mengeluh. kamu penat? jika kamu penat, mereka? mereka pernah mengeluh dengan nasib mereka?" persoalan itu bermain dibenakku.. hari-hari ku sarat dengan sketsa kehidupan dunia yang entah bila penamatnya. ya, mati itu pasti, tapi tarikhnya tidakla diketahui. sambil tanganku lembut memegang stereng kereta kecilku, air mataku gugur.. hatiku kian tersentuh. namun, aku gagahi semangatku, untuk sampai ke tempat kerja ku ditemani airmata. tiba di destinasi, aku cuba menenangkan hati aku yang gundah. masih lagi mempunyai sisa air mata. aku pegun didalam keretaku meredakan jiwaku. tiba-tiba, aku teringatkan ibu dan bapaku dikampung.. mataku bergenang.. oh, dugaan apakah ini. aku. aku. aku. aku. aku. aku...... tak pernah menanggung ibu bapaku. tak pernah memberikan mereka duit belanja. sekadar rm50 atau rm100, itupun jarang-jarang. ya, mereka memahami situasiku. aku masih belajar. kereta kecilku itu masih dibayar oleh ayahku.. aku hidup didunia ini 25 tahun. apa yang aku dapat berikan kepada mereka? belum ada... sekarang aku kerja sambil belajar untuk menampung kehidupanku. sekurang-kurangnya aku tidak menyusahkan mereka kan. penat, perit, cabaran dan dugaan semasa belajar tidak terkira. aku akur dengan ketentuan tuhan. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. aku pernah menangis kerana tidak tahan dengan dugaan. aku pernah menangis kerana sakit. aku pernah menangis kerana gembira. aku pernah menangis kerana bersyukur. dan aku pernah menangis tatkala melihat kegembiraan orang lain. aku pasrah dengan ketentuan tuhan. aku bersyukur, dalam banyak dugaan, cabaran, kesusahan, keperitan yang aku lalui, Allah tak pernah lupa mengurniakan aku KETENANGAN. aku bersyukur. bersyukur.. Alhamdulillah. hidup aku sekarang lebih tenang, lebih indah, dan dipermudahkan. Alhamdulillah..
aku masih menuggu gaji pertamaku untuk diberikan kepada ibu bapaku. ya, gajiku tidaklah banyak, tapi itu niat aku. jika mereka tidak mahu menerimanya, akan kuberkan jua untuk membayar duit ansuran kereta sekurang-kurangnya...sujud syukur.
Saturday, January 12, 2013
Aunty Cleaner
assalamualaikum dan hi...
permulaan tahun 2013 amat baik sekali, segalanya Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar persis kelajuan cahaya apabila bukak lampu, (buweeeekkk). Alhamdulillah, permulaan baru dan ok2 saja (syukur..). kali ni aku nak cerita pasal aunty cleaner dekat blok aku ni. yes! servis terbaik dan aunty cleaner (aunty tak aunty sangatla, tengok gaya macam 50-60 tahun dah) dan cucunya (maybe) sangat ikhlas dalam membuat pekerjaannya.
wah, aku memang touching gila bila tengok dorang. sejak2 aku belikan karipap kat diorang hari tu, dorang dah cam aku, dan setiap kali jumpa, mesti lambai dengan penuh keberiaan (perkataan apakah ini?). aku balik kerja pukul 7 pagi (sebab shift malam, aku buat part time kat company teet teet teet), dorang nampak aku, terus diorang sapa.
cucu : baru balik ke? (muka dia, terkejut ada, xleh nak cakap la macam mana, korang nampak tak bayangan dalam kepala aku ni... haaa macam tu la reaksi dia...hahaha)
aku : ha'ah, baru balik. saya kerja malam.
aunty : baru balik aaa.. penat lo.. pigi naik, tido, pigi tido...
aku : ok2 aunty
aunty : pigi naik tido.. tido.. (beria suruh aku tido, means rehatla kan)
aku : baik aunty, saya naik dulu ye (lif dah bukak da.. naik la.)
wah, tenang hati aku bila rasa macam ada orang take care. yela, berbuat baik sesama manusia, apatah lagi ngan aunty yang ikhlas yang hidup sentiasa redha (walaupon dia cina, aku cakap dia redha je la kan, senang, dah tu nak tulis ape pulak kan..). aku nak belanja dorang makan la nanti. nak bagi ape ye. kuih lagi ke eh? kesian dorang, makan minum mungkin xpenah makan apa yang aku makan (maksud,aku, macam kfc ke, secret recipe ke, pizza ke...) dahla ikhlas buat kerja, apa salahnya aku reward something kat diorang kan? insyaAllah suatu hari nanti.
p/s : berbuat baik, jangan kisahkan apa agama dorang, bangsa diorang. sebaliknya, mereka adalah makhluk Allah juga, cuma tak dilahirkan dalam keluarga islam. kalau kita orang islam tak dilahirkan dalam keluarga islam, mungkin kita seperti mereka juga.

Friday, December 7, 2012
Aku menangis kerana karipap
assalamualaikum and hi!
hmm, kali ni aku nak cerita pasal karipap. ni bukanlah cerita karipap2 cinta, tapi kerana 5 bijik karipap, air mata aku jatuh. 2 hari lepas, aku pergi beli makanan dalam pukul 3.30 petang. aku tak pergi lab hari tu semata-mata nak buat paper yang aku cakap hari tu. dah siap and dah submit kat supervisor aku. ok, menu aku hari tu, aku beli nasik ayam berempah area pulai. kedai dia nama noni. bebudak UTM mesti tahu. kalau tak tahu, nak buat macam mana kan? boleh tahan "femes"la jugak.
masa aku bersiap2 kat bilik nak pergi beli makanan, aku tak tahu kenapa aku rasa nak bagi makanan kat aunty and amoi cleaner kat blog aku ni. dia buat kerja bagus sangat. tak pernah mengeluh, tak pernah marah dan redha buat kerja dengan ikhlas. sangat baik, selalu senyum. aku teringin sangat nak bagi diorang goreng pisang ke, karipap ke, ape2 kuihla. kebetulan hari hujan.
then, lepas beli nasi ayam berempah, aku singgah kat gerai tepi jalan. dia ada jual goreng pisang, karipap dan ada lagi la goreng-goreng yang lain. so, aku beli karipap RM2=6 biji. nak beli goreng pisang, macam tak best je, sebab tinggal ape je sangat. so, aku decide beli karipap. tapi aku makan satu sebab nak rasa. boleh tahanla, sedapla jugak. then tinggalla 5 bijik karipap.nak beli banyak sangat, aku takut aunty n amoi tu da balik, sebab dah nak pukul 4. aku sampai hostel, aku terus cari aunty n amoi. nasib baik ada. aku terus bagi. aku cakap " aunty, amoi, saya ada belikan karipap untuk kamu..." dorang senyum lebar. aku tak sangka aku boleh tengok muka dorang sangat happy. aku bagi kat aunty. "terima kasih, terima kasih...." dengan nada yang penuh rasa gembira dan menghargai.
"adik sudah makan?" sambil dia nak bagi karipap yang aku bagi. aku tersentuh, sebak time tu jugak. aku tak sangka sebab karipap, aunty tu sangat2 happy. "xpe aunty, saya dah ada makanan". xsampai hati plak nak cakap apa aku nak makan. sedih... dia pegang plastik karipap tu dengan penuh rasa gembira (aku tak tahu macam mana nak cakap, dia menghargaila). aku masuk lif, lepas aku cakap, "aunty n amoi makanla" then, masa pintu lif tertutup, aku sempat lagi intai aunty n amoi tadi. aku nampak aunty tu pegang erat karipap tu. serius aku sebak! aku nangis dalam lif. sampai ke bilik, aku nangis. sambil makan nasik, aku nangis. bunyinya macam poyo. tapi itu hati aku..
kadang-kadang aku terfikir, selama ni aku makan best2, orang lain makan apa je. aku susah, ada lagi yang susah dari aku, aku dapat makan itu ini, mereka2 dapat makan apa? kalau makan tak habis, lagila... sedih.. sedih.. aku harap lepas ni, kalau sesape makan, tolonglah habiskan. kalau tak sedap ke, cuba la habiskan. kesian tau orang yang tak dapat makan. :(
Tuesday, December 4, 2012
Kerdipan mula muncul dalam hidup saya!
assalamualaikum and hi...
semalam bukan main lagi cakap orang putih bagai. bukan apa, sebab nak practice english aku ni. yela. bila nak kerja nanti senang. takde la asyik urmmm, ermmm, hurrrm, ekkkk lagi kan3x? tapi nak buat macam mana, kita bukannya dilahirkan terus dengan mata biru atau lahir dalam keluarga ala-ala mata biru (maksud aku family yang selalu dok cakap omputeh tu). hehehe. bersyukur. jangan asyik down or cakap tak pandai. tak pandai kenala belajo! ye ke idok? maklum la kadang-kadang, budak umur 5 tahun lagi fasih cakap omputeh kan. (T_T)
yes, paper aku 95% dah nak siap. tapi berdebar2 nih. reject lebih tinggi dari accepted. cabaran namanya. hari-hari aku penuh dengan shiny2 sekarang. sebab apa? sebab aku makan INNERSHINE...(mak jemah ni pon... menunjuk ke?) Ops, jangan marah ye, maksudnya hidup aku hidup aku sekarang lebih teratur dan dipermudahkan. itula. shiny2
gitu.
dah2, cakap pasal kulit plak. hehe. sambong cerita. aku mengaku, tahun ni, aku paling banyak melawan, gaduh, nangis, dan marah orang. dekat giant, jusco, domino,bank dan mana-mana tempat termasuk balai polis (ni kes aku nak bayar saman, tapi 2 kali aku gi nak bayar, asyik down je system dia. sape tak hangin kan?). nak buat macam mana, cabaran dan dugaan aku terima sepanjang tahun ni memang hebat, dan membuatkan aku jadi seorang yang tough dan redha dan penuh kesabaran dan juga keimanan! (ehem2, yang ni belum cukup tinggi lagi). dulu kalau aku kena marah tanpa sebab, bukan salah aku, aku terima je dengan redha. tapi sekarang, aku argue balik. dan itulah aku sekarang. tak puas hati terus cakap depan. tapi adalah dengan 2 3 orang aku tak buat gitu... garang tau! meow3x grrrrrrr... aum3x
buat masa sekarang ni, apa yang aku buat berjalan lancar. ape orang puteh cakap tu.. flow2. hahaha. kui3x... yela, punya la aku happy, pergi bank hari ni, semua berjalan lancar dan tak ada masalah, dan boleh gelak2 ngan akak tu lagi..! pergh rasa bahagia. yela sebelom ni penah kena marah.. hehe maklumla dia penat(macam dia sorang je penat kan3x?). aku harap kerdipan ni akan sentiasa bersinar. xnak malap2 ala2 mentol nak terbakor.. tapi takpe, aku bersedia dengan segala kemungkinan. :)
p/s : jangan pernah takot kita silap sebelum bertanya. dan jangan pernah cakap kita sentiasa betol. jangan pernah biar hidup kita tanpa arah tujuan. jangan pernah rasa Allah tak sukakan kita. jangan pernah kata aku tak boleh buat. jangan pernah hindar kata-kata negatif dari orang lain. lawan! lawan! lawan! lawan! kau boleh!!!!
semalam bukan main lagi cakap orang putih bagai. bukan apa, sebab nak practice english aku ni. yela. bila nak kerja nanti senang. takde la asyik urmmm, ermmm, hurrrm, ekkkk lagi kan3x? tapi nak buat macam mana, kita bukannya dilahirkan terus dengan mata biru atau lahir dalam keluarga ala-ala mata biru (maksud aku family yang selalu dok cakap omputeh tu). hehehe. bersyukur. jangan asyik down or cakap tak pandai. tak pandai kenala belajo! ye ke idok? maklum la kadang-kadang, budak umur 5 tahun lagi fasih cakap omputeh kan. (T_T)
yes, paper aku 95% dah nak siap. tapi berdebar2 nih. reject lebih tinggi dari accepted. cabaran namanya. hari-hari aku penuh dengan shiny2 sekarang. sebab apa? sebab aku makan INNERSHINE...(
gitu.
makanla innershine macam saya!
(ape aku makan si luya gemok ni nak makan, balance2 innershine aku makan, aku tambah air sket, bagi die. dia suke!)
dah berbotol2 aku minum. Alhamdulillah, perut ok, kulit pun dah makin ok, almaklumla, jerawat mengganas... hehehehe. serius best, dan jerawat macam segan-segan nak naik
dia ni sejak minum innershine, xpernah naik jerawat!
(hak3x... ops, dia memang xberjerawat. cuma berbulu2. arnab aku yang seronok duk kampung sekarang!)
ni aku yang sekarang. dulu teruk. haha, kalau setakat nak tunjuk gambo, guna application camera 360 tu pon boleh jadi flawless gitu. ala-ala korea gitu. hehehe... tapi, alhamdulillah... xdela cun, okey2 saje kulit aku. ade parut2 yang perlu aku haposkan!
dah2, cakap pasal kulit plak. hehe. sambong cerita. aku mengaku, tahun ni, aku paling banyak melawan, gaduh, nangis, dan marah orang. dekat giant, jusco, domino,bank dan mana-mana tempat termasuk balai polis (ni kes aku nak bayar saman, tapi 2 kali aku gi nak bayar, asyik down je system dia. sape tak hangin kan?). nak buat macam mana, cabaran dan dugaan aku terima sepanjang tahun ni memang hebat, dan membuatkan aku jadi seorang yang tough dan redha dan penuh kesabaran dan juga keimanan! (ehem2, yang ni belum cukup tinggi lagi). dulu kalau aku kena marah tanpa sebab, bukan salah aku, aku terima je dengan redha. tapi sekarang, aku argue balik. dan itulah aku sekarang. tak puas hati terus cakap depan. tapi adalah dengan 2 3 orang aku tak buat gitu... garang tau! meow3x grrrrrrr... aum3x
buat masa sekarang ni, apa yang aku buat berjalan lancar. ape orang puteh cakap tu.. flow2. hahaha. kui3x... yela, punya la aku happy, pergi bank hari ni, semua berjalan lancar dan tak ada masalah, dan boleh gelak2 ngan akak tu lagi..! pergh rasa bahagia. yela sebelom ni penah kena marah.. hehe maklumla dia penat
p/s : jangan pernah takot kita silap sebelum bertanya. dan jangan pernah cakap kita sentiasa betol. jangan pernah biar hidup kita tanpa arah tujuan. jangan pernah rasa Allah tak sukakan kita. jangan pernah kata aku tak boleh buat. jangan pernah hindar kata-kata negatif dari orang lain. lawan! lawan! lawan! lawan! kau boleh!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)