Followers

Sunday, July 18, 2010

Kadang-kadang

Assalamualaikum. Hmm, kadang2. Tu lah perkataan yang selalu kita cakap kan. Kadang2. Entry kali ni tak bermotif sikit. Yela, kadang2 yang sesuatu yang "nothing", "stupid", or "tak penting" tu yang buat kita tersenyum dan ketawa. Bila kita terdengar, terlihat, terbuat dan ter lain2 juga yang buat kita mampu senyum dan ketawa.

Yela, siapa sangka, hanya sesuatu keluar dari mulut itu buat kita menitis air mata untuk ketawa. Tapi itu bukanla agenda untuk entry kali ini. ehehehe. Kadang2 aku terpikir tentang aku ni manusia macam mana eh? Pernah tak kita terlintas dan mengatakan rupa kita ni pelik. Macam Alien ke? ekekekeke.

kalau jumpa budak ni say hi ok!

pernah tak jumpa muka yang sepelik aku? Haaa.. Kadang2 aku rasa aku macam alien ar. Sungguh, aku tak tipu. Sebab hidung aku macam besar n bulat je. Macam orang len tak ade. Tapi aku ada!. Haa.. tu yang aku rasa pelik. heheh... Tapi................... 

Mata aku cokolat! hehehe.. aku suke2. Si Dia pun suke. ekekeke... hahaha. Tapi, kebanyakan orang Terengganu memang mata cokolat. Aku pon tak tahula nape. Dari ape yang aku nampak la. Tak semua. Tapi banyak jugakla. hehe..tak payah pakai contact lens warna2 pon. Original not Spicy ok!

korang rasa muka aku pelik tak?

janganla pertikaikan satu tumpukan coklat bawah mata kanan tu. Aku accident mase umur 6 Tahun. So, kesannya sampai sekarang. Aku dah cari ubat hilangkan parut. Tapi sikit je hilang. Tak hilang pon. sape2 tahu ubat ape yang leh guna untuk hilangkan parut.

p/s  walaubagaimanapon muka aku, aku bersyukur masih bernyawa.

Saturday, July 17, 2010

Aku tukar bilik dari M21/311 => M25/112

Assalamualaikum. Sekadar di pinggiran.. Cewah, ewah2. Ok2. Aku asalnya tak dapat stay kat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) kat UTM ni. Aku dicampakkan ke Kolej Rahman Putra. Hehe. Tapi aku cuba mintak duk kat KTDI, so dengan senangnya, aku dapat duk sini diluluskan dengan tanpa rasa was-was oleh Puan Mery.


Puan Mery bagi aku bilik bernombor M21/311 dan berumet dengan seseorang yang bernama lebih kurang aku. eheh. Kebetulan sahaja. Mula2 aku berjiran dengan classmate aku, cik ketot. Memandangkan sedikit masalah berlaku, dia ditukarkan ke M25/111.


Dek kerana ingin bersama2 kawanku itu, aku try usha2 sebelah2 bilik dia takot2 ada bilik kosong. dan memang rezeki aku. Ada kosong. Aku pon buatlah muka tak tahu malu ke pejabat untuk tukar bilik.Tapi aku takot gila nak cakap kat Puan Mery sebab dahla aku dah dapat masuk balik KTDI, banyak songeh plak nak tukar2 bilik.


aku pon buat muka kesian sambil berdialog :


aku : Puan mery Puan Mery. Mood Puan mery baik tak hari ni.

Puan Mery : ha, kenapa. Mood tak menentu.

Aku : saya nak tanya boleh tak? (muka kelat2 takot)

Puan Mery : ha, tanyala.

Aku : Boleh tak saya nak tukar bilik duk sebelah bilik budak ni.

Puan : Ada kosong ke?

Aku : Ade2. (sepantas kilat aku jawab)

Puan : kalau ade boleh.


Aku ape lagi. Dengan penuh rasa gembira menerima berita tu. hehehe.. Rezeki aku.. sekarang aku dah pindah da. huhu. seronok!


P/s : kawan2 jangan jelez eh. eheh.

Friday, July 16, 2010

Aku dah Ada kat UTM

Assalamualaikum... betolkan mic.. betolkan mic, dengan ini, saya ingin memberitahu sangat2 kepada semua bloggers2 bahawasanya saya telah sampai ke UTM Skudai, bagi menjalani tahun akhir (Insyaallah) bagi program SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KIMIA-POLIMER, kalau tak pernah dengar xpe, aku tak kecik hati. hehehe

Macam mana aku sampai UTM hari ni? Aku drive sorang2 dari Puchong. hehe. Kenapa dari Puchong? Ikut suke hati aku la. teeeeet. ok2. Aku tak pernah lagi drive sorang2 tanpa jauh2. Puchong to Skudai, boleh la than dekatnye jauh. dalam 300++ KM aje. ok2. mula2 semua orang pagi pesanan :

AYAH  : eh, budak ni, berani betul balik sorang2. bawak kete elok2. hati. (melalui telepon)
Si Dia : bawak kete elok2, hati2. slow2.
Kakak Si Dia : Hati2. Jaga diri
Mak ayah Si Dia : kalau mengantuk, rehat. jangan terus bawak je.

Aku dengan penuh rasa beringat, aku bawak slow2. 80 km/hr je. Slow kan?
5 minit selepas tu, aku tengok semua kete laju2. lori pon laju. Aku pon mulala berasap jugak. Jiwa aku dah nak merempit ni.. Aku tekan minyak. maintain 120 km/hr. hehehehe... Ape, ingan MYVI itam aku tu tak laju ke?

lepas tu, aku da boring sebab radio dah mula 'ngokngek' kuar lagu India je, hape lagi. Sedar2 meter aku da 140 km/hr sudah. eheh... gelabah jugak aku. aku pon bertaubat, bawak slow2. maintain 120-130 km/hr. slow je kan3x.... aku bertolak kul 11 pagi dan sampai kul 2 ptg. ekekekekeke...Alhamdulillah, selamat sampai aku ke UTM dan malam ni aku tulis entry ni.

dah sampai aku telefon orang2 berkenaan dan responnye :

Ayah dan Mak : hoi, lajunye ko bawak.
Si Dia : Da sampai da?
Kakak Si Dia : Hoi makcik, da sampai da. Lajunya ko bawak.

ekekekeke... Ape boleh buat, hati tak senang tengok kete laju2.

Friday, July 9, 2010

TV3, Astro Ria, Astro Prima, dan Astro Oasis.....

Wokeh, hal laksam, kita tolak tepi dulu...aku nak merepek + merapu + membebel pasal keempat2 channel TV yang tertera di title kali ini. 

Harap2 semua media di atas tidak menyaman aku dan aku mempunyai hak untuk berkata2. Mula2 sekali, aku punyalah buhsan duk rumah tak tahu nak buat ape. aku bukak TV3 cerita Indon (Alisa ke ape ntah), Aku bukak Astro Ria cerita Indon (Benci bilang cinta gamaknya), Aku tengok Astro Prima cerita indon ( Cahaya tak silap aku), aku bukak Oasis pun sama tak tahula name hape.. Adeh...

Kadang2 aku ada terfikir, aku ni tinggal kat Indon ke kat Malaysia. Adoila.. Best sangat ke? Aku bukan anti indon, dulu aku layan gak cerita ape nama ntah, Sekar agaknya. perghhhhhh.. Mula2 aku layan je. Tapi bila cerita tu dah merepek2, sampai anak dia jadi buta. adoila, mengarut bebenor ceritanya... Mintak maaf kepada peminat cerita ni eh. 

Berbalik kepada hal di atas, adalah indon yang perlu dipersalahkan atau stesen2 TV di atas.. Teeeeet.... Apakah kita sudah tak ade cerita Melayu ke? MADE IN MALAYSIA. Kata suruh support barangan buatan Malaysia. Apa sudah jadi? Sana pigi, Sini Mari, habuk pon tadak. 

Serius, aku memang rasa nak tutup je terus TV bila bukak2 kuar cerita Indon. Mas, ngapain jadi gini segala. Dahla Malaysia ni banyak orang Indon, TV pon nak tukar jadi Indon ka? Aiseh... Lama2, orang Malaysia pun bercakap bahasa Indon..

lama2 Malaysia = Indonesia?

p/s : Ape2 jela cik Kiah oi... Janji I tak menghina! i cakap elok2 tau

Makanan Feveret aku...

Assalamualaikum. Sari berita penting. Hahaha.. cik Sari, jangan perasan marah haaa...Ok2, arini aku nak cerita pasal makanan feveret atau ejaan sebenarnya (favorite) kalau salah eja, lantak pi la..walaupun "Berukband" ni asyik slow kat kampung tapi lebih bagus dari duk kat bandar, aku nak bercerita la sikit pasal Laksam.

Korang tahu tak ape jenis makanan ni? Aku tak nak la cerita sejarah laksam kat sini, kalau aku cerita, nanti aku dapat ganti Emiritus Negara susah plak. Aku tak tahu pasal sejarah laksam ni sebenarnya. Yang aku tahu, makan aje. ekekeke.

Ritu aku balik umah, teringin makan laksam. Tapi aku tak gitau mak aku. Cian dia, nanti dia susah2 buat. so,aku google kat web cara buat laksam. siap download lagi. Ni video dia :

biasala, disebabkan Berukband yang terlampau laju, aku tangguhkan dulu. eheh..
aku sambung cerita, lepas aku download cara buat laksam tu, esoknya bangun pagi2 walaupun terlampau awal lewat, hehehe.. mak aku buat laksam. eheh. Mekacih Mak...

ok la nanti aku Upload video tu eh... Okie Dokie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails